Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mentakrifkan Keesaan Tuhan Sembahan Orang?

 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mentakrifkan Keesaan Tuhan Sembahan Orang?


Apakah hak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mentakrifkan keesaan Tuhan sembahan orang lain? Sejak bila DBP menjadi penentu agama bukan Islam?


Agenda DBP?

Polemik penggunaan perkataan Tuhan atau tuhan ini bukan ‘permainan’ baharu, semasa saya menjadi editor bahasa bagi sebuah syarikat penerbitan swasta pada 2017, perkara ini dikesan digunakan oleh segelintir guru/editor bahasa tetapi tidak diamalkan di dalam kurikulum sekolah sama ada dalam bahasa Malaysia ( Tuhan , tuhan ) atau bahasa Inggeris. (God, god) apabila merujuk sembahan orang.


Ayat yang melibatkan nama Islam dan Tuhan ditulis sebagai huruf besar, manakala ayat yang melibatkan nama bukan Islam ditulis sebagai tuhan (T huruf kecil). Contohnya, ‘Ali (Islam) menyembah Tuhan manakalaRavi (Hindu) menyembah tuhan.’


Mempersoalkan Tindakan DBP. 

Apabila ada pihak bukan Islam (Uthaya Shankar SB (18 April 2021), terima kasih kerana membawa keluar isu ini) mempersoalkan tindakan DBP dalam mentakrifkan keesaan sembahan orang, dengan mengeksklusifkan penggunaan perkataan Tuhan (T huruf  besar) untuk Tuhan Esa ( Islam dalam konteks Malaysia)  dan perkataan tuhan (T huruf  kecil) untuk Tuhan sembahan orang bukan Islam, maka jawapan yang diberikan oleh DBP ialah peraturan ejaan dalam bahasa Melayu menjadikan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (DBP:1975) sebagai rujukan utama. Pilihan itu bukan takrifan mereka sahaja, malahan kamus bahasa Inggeris juga mentakrifkan sedemikian (berdasarkan kamus barat.)


Persoalan di sini, siapakah DBP, siapakah orang barat atau apakah kesahihan kamus barat untuk dijadikan rujukan dalam menilai keesaan Tuhan sembahan orang Hindu, dan lain-lain agama selain agama Islam?




Maksud ‘Tuhan’ dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Definisi yang dipetik daripada Kamus PRPM, didapati Tuhan (T huruf besar) dirujuk kepada Allah dalam Islam sahaja. Manakala Brahman dalam Hindu atau agama lain tidak dinyatakan. Ini akan membawa/ menjurus  kepada idea eksklusif kepada Allah/ Islam.


“Definisi : Allah yg mencipta alam semesta: Nabi Musalah yg pertama sekali dapat ber­cakap dgn ~ di Bukit Tursina; ~ Yg Esa Allah yg hanya satu (tunggal); bertuhan percaya kpd Tuhan; orang yg tidak ~ orang yg tidak percaya adanya Tuhan; ketuhanan 1. sifat keadaan Tuhan: Maha Suci bagi Allah yg tinggi ~-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya; menunjukkan ~-Nya me­nun­jukkan sifat-sifat keadaan-Nya sbg Tuhan; 2. perihal Tuhan; ilmu ~ ilmu menge­nai Tuhan dan agama; 3. kepercayaan (ke­bak­tian) kpd Tuhan, dasar percaya kpd Tuhan yg Maha Esa. “





Maksud ‘tuhan’  dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Definisi yang dipetik daripada kamus PRPM, didapati tuhan (T huruf kecil) jelas menunjukkan ia tidak merujuk kepada Tuhan yang Esa seperti Allah dalam Islam atau  Brahman dalam Hindu. Sebaliknya kepada Dewa, semangat, benda dsb.


“Definisi : sesuatu (spt dewa dsb) yg dipuja oleh golongan manusia yg agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kpd Tuhan Yg Esa; bertuhan percaya kpd atau memuja tuhan; ~ kpd memuja (mendewakan) sesuatu sbg tuhan; bertuhankan bertuhan kpd: ~ harta benda; mempertuhan, mempertuhankan meng­anggap (memuja) sesuatu sbg tuhan, memper­dewakan sesuatu: suatu pemikiran yg ~ harta, spt pemikiran dan fahaman kapitalis.”



Pihak DBP samada terpengaruh dengan dasar penterjemah barat atau membawa agenda baharu disini.


Apakah Kamus barat / Inggeris menentukan keesaan sembahan orang Hindu?

Adakah Kamus mewakili agama tertentu dalam menentukan akidah/ keesaan Tuhan?

Apakah DBP berkuasa menentukan Keesaan Sembahan Orang?



Definisi Esa (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Dipetik daripada kamus PRPM,

“Definisi : satu, tidak lebih dan tidak kurang daripada satu, tunggal; ….satu: aku tetap ~ Allah dan tidak menyekutukan-Nya; keesaan perihal tunggal, kesatuan, sifat tunggal: ~ Tuhan.” 


Konsep  Esa dalam agama Hindu.

Menurut kitab suci Hindu yang tertua di dunia,

Rig Veda (tidak kurang dari 5,000 tahun 

yang lalu) jelas menunjukkan Tuhan hanya Satu sahaja.

Ayat Rig Veda 1.164.46, Ekam sat, ...

(Tuhan hanya satu…) dan dalam Chandogya Upanishad, 6.2.1, ekam 

evadvitiyam, ('Tuhan itu Satu. Tiada dua).


"கடவுள் ஒன் றே" அதை"ஏகம் சத்! விப்ரா

பஹுதா வதந்தி" என் கிேது

ரிக்றேைம். “ “உள்ளது ஒன் றே :

உரறவார்அதனனப்பலப்பபயர்களால் 

அனைப்பர்” – (ரிக்றவதம் 1-164-46)

“That which is the One Truth, the sages refer in many

names (ekam sad vipraa bahuthaa 

vathanthi).” – (Rig Veda-1-164-46)


Menurut Thirumoolar dalam Thirumanathiram,

3000 tahun yang lalu nyatakan ‘Ondravan thaneh 

‘Oruvaneh Thevan’…

Tuhan yang satu dalam agama Hindu dinyatakan

sebagai Brahmam.


Dalam Skantha Purana adalah dinyatakan bahawa…Tuhan yang hanya satu dinyatakan 

sebagai ‘Brahmam’. 

அருவமும் உருவமுமாகி அனாதியாய்

பலவாய் ஒன் றாய்

பிரமமாய் நின் ற ச ாதிப்பிழம்

பச ார்சமனியாகி

கருணைகூர்முகங் களாறும் கரங் கள் பன்

னிரை் டும் ககாை் சே 

 ஒருதிரு முருகன் வந் ங் கு உதி ் னன்

உலகமுய் ய.

 - க ்சியப்ப சிவா ் ாரியர்- கந் புராைம


Parabrahman ialah Tuhan yang Esa. Dalam agama Hindu Konsep kewujudan Tuhan dalam 2 keadaan, iaitu Nirguna (tanpa imej) dan Saguna (berimej). 


Nirguna.

Dalam keadaan Nirguna , Tuhan dikenali  Brahman/ Para Brahman (advaita Vedanta). Para Brahman hanya SATU, tiada imej, tiada yang kedua. Maka konsep ini sama dengan konsep keesaan dalam semua agama termasuk Abraham (Islam, Kristian dan Yahudi).


Petikan ayat-ayat daripada kitab-kitab Hindu jelas menunjukkan Tuhan hanya satu sahaja. Contohnya, dalam Rig Veda 1.164.46, Ekam sat, ... (Tuhan hanya satu…) dan dalam Chandogya Upanishad, 6.2.1, ekam evadvitiyam, ('Tuhan itu Satu. Tiada dua.). Kedua-dua ayat ini cukup untuk membuktikan bahawa Tuhan/ Brahman hanya satu. Ia sekaligus mengesahkan Keesaan Brahman dalam konteks agama Hindu.


Saguna.

Bahagian kedua, iaitu Tuhan/ Para Brahman dalam keadaan Saguna (berimej), mempunyai nama khas seperti Siva, Vishnu, Brahma dan lain-lain. Para Brahman juga dalam keadaan Saguna/ berimej. (Vishisthadvaita Vedanta). Bagi umat Hindu, mereka percaya bahawa Tuhan yang Esa itu Maha Berkuasa, Maha Sempurna dsbnya. Maka Tuhan yang Maha Esa, yang tiada imej boleh mengambil sebarang rupa atau bentuk pada bila-bila waktu, tempat atau masa. Apabila Tuhan yang Maha Esa itu mengambil rupa, maka ada imej, gambar, bentuk atau keluarga (avatara). Ia ialah Tuhan Esa yang sama, bukan suatu yang lain. Tuhan yang satu menjadi banyak bergantung kepada manifestasinya. Siva Purana, Satu itu semua ... (“Ehgan Anehgan Yiraivanadi Vazhlga”) oleh Thirunyana Manikavasagar ( Thirumurai ke 8 – Thiruvasagam). Manakala dalam Srimad Bhagavatam, 10.33.36, Tuhan mengambil rupa. Maka tiada unsur menyekutukan atau Tuhan yang kedua.


Tuhan/ Brahman Tiada Kekurangan/ Kelemahan.

Kami orang Hindu percaya sepenuhnya bahawa, Tuhan yang Maha berkuasa, Maha sempurna seharusnya boleh / telah atau akan mengambil sebarang rupa atau bentukKalau ‘Tuhan’ yang disembah itu tidak mampu atau tidak akan mengambil sebarang rupa (atau rupa khusus), maka ‘Tuhan’ itu lemah. Maka Tuhan itu bukanlah yang Esa atau Maha Berkuasa,  akan jatuh dalam kategori lemah atau tidak sempurna.

Orang Hindu percaya dan hanya akan menyembah Tuhan yang Maha Esa dan maha Sempurna. Salah satu nama Siva (daripada 1008 namanya) ialah Mahesan, iaitu bermaksud Maha Esa. Bagi orang Hindu. Manakala dalam Yajur Veda 40.11, Orang yang percaya KEDUA-DUA bentuk, Tuhan wujud dalam keadaan Imej (Sambhuti) dan tanpa imej (Asambhuti) ialah  bhakta (penganut) yang sebenar, akan sampai kepadaNya. 


Parabrahman ialah Tuhan yang maha Esa. Bagi setiap mazhab daripada Shanmata, iaitu Siva, Vishnu, Sakti, Muruga, Ganesha atau Surya merupakan manifestasi Parabrahman yang Maha esa. Contohnya dalam Bhagavad Gita, 14.27,  Brahmano hi pratisthaham, (Saya ialah Brahman (Tuhan), Krishna ialah Brahman. Maka soal keesaan Tuhan/ Parabrahman  daripada 6 mazhab yang berbeza dalam agama Hindu  tidak timbul  kerana ia merupakan manifestasi daripada Parabrahman yang SATU, Yang ESA. Kesemua mazhab dalam agama Hindu/ Sanatana Dharma menerima Brahman sebagai Tuhan Maha Esa. Dewa-Dewa juga ialah manifestasi Parabrahman dalam Konteks Hindu.


Masalah Orang Barat Terjemah dan Tafsir Kita-kitab Hindu.

Golongan Indologis barat, misionari Kristian terlibat dalam kerja penterjemahan kitab-kitab Hindu semasa menjajah India. Akibat kurang kefahaman atau terikat kepada minda Kristianiti, mereka menterjemahkan / mentafsir sesuatu perkataan atau maksud berdasarkan kotak minda mereka. Maka wujud banyak percanggahan maksud atau terjemahan perkataan yang salah maksud.

Kumpulan penterjemah barat ini tidak dapat membezakan atau mentakrifkan maksud- maksud perkataan seperti Parabrahman,  Dewa-Dewi, Varna, dharma dan sebagainya. Mereka mengandaikan  perkataan Dewa-dewa lalu diterjemahkan sebagai tuhan-tuhan. Maka disinilah punca kepada masalah ini. Perkataan ini diserapkan dalam kamus barat kerana ideologi Abrahamnya. Sepatutnya perkataan Dewa, tiada keperluan untuk di alih bahasa ataupun paling hampir boleh dikaitkan dengan malaikat/angel dalam konteks tertentu.


Monoteisme dan Politeisme

Satu lagi alasan diberi ialah, perkataan Tuhan digunakan  untuk agama monoteisme,  kepercayaan baha­wa Tuhan itu hanya satu, manakala perkataan ‘tuhan’ untuk agama politeisme, kepercayaan kepada lebih daripada satu Tuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Alasan ini tiada kaitan/ tidak patut dilibatkan dengan agama Hindu kerana agama Hindu mempercayai Tuhan/Parabrahman HANYA SATU, semua yang lain ialah manifestasi Mahakuasa yang satu itu.


"Seperti Matahari hanya satu, bolehkah huruf pertama perkataan matahari ‘M’ 

berbezakan di antara agama?".


Rukunegara dan Lagu Negaraku

Kedua-duanya ialah lambang perpaduan dan patriotik rakyat Malaysia. Perkataan ‘Tuhan’ dinyanyikan atau dibaca oleh setiap rakyat negara ini.

Lagu Negaraku merupakan lambang patriotik dan semangat perpaduan rakyat Malaysia. Dan Rukunegara yang menjadi lambang dan rukun perpaduan rakyat akan terjejas fungsinya. Prinsip pertama Rukunegara iaitu ‘Kepercayaan kepada Tuhan’ (T huruf besar) ditulis demikian sejak 1970. 

Sekiranya polisi DBP baharu ini digunapakai, maka Lagu Negaraku dan Rukunegara hanya akan mewakili rakyat Malaysia daripada latar agama Islam sahaja. Polisi ini akan mengenepikan rakyat Malaysia yang bukan Islam. Ini akan memecahbelahkan perpaduan negara.


Saranan kepada DBP.

  1. Perkataan Tuhan (T huruf besar) sahaja digunakan dalam semua keadaan yang melibatkan sembahan orang.

  2. Perkataan Dewa tidak perlu dialihbahasa sebagai Tuhan, sebaliknya biar kekal perkataan Dewa diguna pakai.

  3. Rujuk kepada agamawan/ ilmuan agama berkenaan sekiranya sesuatu takrifan perkataan melibatkan agama tertentu.


Kesimpulan

Jangan menambah kekeruhan dikalangan rakyat Malaysia. Kekalkan prinsip menghormati sembahan orang. Saya/Kami mewakili agama Hindu secara khusus dan rakyat Malaysia secara amnya MENOLAK DAN MEMBANTAH langkah / tindakan DBP dalam hal ini.


EKAM SAT, VIPRA BAHUDHA  VADANTI

(TUHAN HANYA SATU. ORANG BIJAK CAKAP DALAM PELBAGAI NAMA.)


Om Namasivaya.

Nages @ Sivasiddhi

Sivasiddhi Spiritual Foundation.

Co-Opted Member of Malaysia Hindhudharma Maamandram.

24 April 2021.

Di edit/ Di nasihat oleh Aiya A.RadhaKrishnan, Presiden, Malaysia Hindhudharma Maamandram, Hq.Malaysia. (29 April 2021)


Boleh dihubungi:

sivasiddhi1082@gmail.com

01123508108


BERSAMA

  1. En. Arunkumar Chengoden, Presiden, Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO)

  2. En. A.RadhaKrishnan, Presiden, Malaysia Hindhudharma Maamandram, Hq.Malaysia.

  3. Datuk R.S. Mohan Shan, Presiden, Malaysia Hindu Sangam.Hq.Malaysia.

  4. Datuk Pardip Kumar, Penasihat, Global Hindu Heritage Foundation, Malaysia.

  5. Ngo-Ngo lain 


Rujukan

1.DBP Menjawab… 

https://www.malaysiakini.com/news/571494


2.http://uthayasankarsb.blogspot.com/2021/04/tuhan5.html?m=1


3.Tuhan milik eksklusif Islam… 

http://uthayasb.blogspot.com/2021/04/tuhan1.html?m=1


4.https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=tuhan&d=175768&


5.https://focusmalaysia.my/featured/dbp-tuhan-for-monotheistic-religion-tuhan-for-polytheistic-faiths/


6.https://en.wikipedia.org/wiki/Deva_(Hinduism)


7. Adakah Dr. Raja Rajeswari memahami Konsep Keesaan Tuhan dalam konteks agama Hindu.?



8. .Dr.Manimaran Subramaniam on DBP… 

https://www.youtube.com/watch?v=okW3Ept6joo





Comments

Popular posts from this blog

Hak Penukaran Agama Minor dan Perlembagaan Persekutuan

Gerakan Ideologi Ekstremis dari India?