Posts

Showing posts from March, 2022

Gerakan Ideologi Ekstremis dari India?

Image
  Gerakan Ideologi Ekstremis dari India? Mengapa 'kisah/sandiwara' ini hanya disebut-sebut oleh Firdaus Wong, Zamri Vinoth, Asri Maza dan Ahmad Iqram sahaja? Mengapa tidak disuarakan oleh Jakim, Majlis Agama, Menteri Agama atau badan-badan Islam negara yang lain?   Naratif Islam Terancam sedang dibina oleh mereka. Kerajaan India di bawah PM Modi anti Islam, Ideologi Hindutva, RSS, VHP, BJP,... membunuh orang Islam. Masyarakat minoriti Islam di India dilayan sangat buruk berbanding Masyarakat minoriti keturunan India di Malaysia. Ideologi Pelampau Hindutva sudah sampai ke Malaysia, lebih bahaya daripada Zionis. Agama Islam di Malaysia telah terancam kerana tindakan segelintir orang Hindu. Minta orang Islam berwaspada atau berjaga-jaga akan tindakan ekstremis ini ada 'grand plan'. Adakah naratif ini benar? Naratif ini TIDAK BENAR sama sekali. Akan dirungkaikan satu per satu dalam Artikel susulan nanti. Pihak Berkuasa. Tidak akan di Malaysia tiada pihak berkuasa atau pih