Admin Fb sedang Menghasut?

Admin Fb sedang Menghasut?
Pusat Kajian Ancaman Pengganas & Misionari di Malaysia.


<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/
pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
          google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",
          enable_page_level_ads: true
     });

</script>

Adakah Admin FB ini sedang menghasut perasaan hasad
dengki sesama rakyat Malaysia? Pihak admin ini sering 
memutar isu luar negara dan dalam negara yang lama.
Baru-baru ini memutar satu isu yang tiada kaitan dengan
agama, tetapi cuba menggambarkan kekejaman orang
Hindu terhadap orang Kristian (10 /10/2019/ Rujukan 1). 
Admin ini mungkin juga tali barut pengganas kerana
selalu cuba menghasut orang ramai dengan isu-isu yang
diputar belit. 


Peristiwa di Bihar
Seorang wanita dipukul dan diarak telanjang oleh sekumpulan
penduduk. Ia melibatkan sebuah peristiwa yang tidak baik,
kisah itu di Arrah, Bihar, Rajastan, India. Kes seorang remaja/
pemuda dibunuh oleh (dipercayai) sekumpulan pelacur dari
red light area. Penduduk marah lalu menyerang dengan
membakar rumah dan memukul kumpulan suspek sindiket
pelacuran itu.  Polis telah tangkap 13 perusuh itu,
menggantung tugas 8 pegawai polis dll. 
Perbuatan ini memang menyalahi undang-undang dan tiada
agama yang akan membenarkannya, ia ialah kelakuan manusia
yang hilang pertimbangan apabila kemarahan mengambil alih
minda mereka. Kesemua yang bertindak di luar undang-undang
memang patut dihukum dengan setimpalnya.


Apa kaitan agama disini?
Paparan admin pula menggambarkan kekejaman orang Hindu.
Melalui sebuah video yang dimuat naik oleh seseorang. Pihak
Admin menulis bahawa sekumpulan lelaki Hindu membogelkan
dan berarak membawa seorang wanita Kristian. Admin seolah-
olah amat pasti (difahamkan) dengan paparan video itu. Adakah
Admin Pusat Kajian…ini, ada semua bukti dengan jelas?  Tetapi
setelah dikaji banyak berita yang yang berkaitan, ia lebih kepada
kes bunuh dan wanita itu suspek bunuh dari kawasan sarang
pelacuran. TIADA KAITAN AGAMA DALAM HAL INI. Mengapakah
pihak Admin ini cuba mengaitkan agama Hindu dengan Kristian
dalam hal ini?


Menghasut.
Admin  seolah-olah sedang cuba MENGHASUT orang untuk
menimbulkan rasa benci sesama rakyat Malaysia yang daripada
pelbagai agama dan latar. Kejadian seperti itu berlaku  akibat
daripada segolongan manusia yang tidak berakal. Hasutan
begini boleh menyebabkan rasa resah dan benci sesama rakyat.


Saranan.
Saya sarankan pihak Admin menggunakanlah akal anda untuk
kebaikan manusia. JANGAN FITNAH SAMPAI KE JAHANAM.
ADMIN, JANGAN ASYIK BERBOHONG DAN FITNAH. 
MENGHASUT PASAL AGAMA ORANG DAPAT PAHALAKAH?


Tukar Nama.
PUSAT KAJIAN KONON, BAIK TUKAR NAMA KEPADA
PUSAT MENGHASUT.  Bayangkan kalau kes itu berlaku dekat sini,
kerana setandan pisang pun PERNAH ada yang kena bunuh.



Screenshot daripada fb Admin,






Kesan Hasutan.
Kesan daripada hasutan pihak Admin ini, ada segelintir rakyat
Malaysia yang tak berdosa menjadi mangsa fitnah. Mereka pula
menjadi marah sehingga mengeluarkan pernyataan - pernyataan
yang tidak menyenangkan. Tambah dosa mereka sekali.
Perbuatan Admin ini memang menambah dosa kerana berjaya
menghasut. 


Contoh Komen rasa marah pembaca (pengikut taksub Admin ini)
dalam paparan ini.



Paparkanlah kisah yang sebenar.
Admin,  Sila papar kisah yang BENAR yang berlaku, 
INI KISAH SEBENAR seorang Wanita Kristian di PAKISTAN,
pengakuan wanita itu sendiri . https://youtu.be/h2kyLpK6rzI


Tujuan Sebenar?
Apakah tujuan Admin ini berbuat demikian? Adakah Admin
(mereka) ini ialah tali barut kumpulan pengganas? Adakah
mereka ini ingin mencetuskan perasaan benci sesama
rakyat Malaysia?
Siapa dalang di belakang kumpulan Admin ini? Harap pihak
berkuasa memantau Admin Fb ini.
Harap pihak tidak mengulang perbuatan menghasut
seperti ini lagi.


Om Mahakali Jayam.


Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation
Malaysia.
10 Oktober 2019


Rujukan

1.Link Admin Pusat Kajian Ancaman Pengganas & Misionari di Malaysia, 


2.Posted by the so called Pakistan army…(Probably copied part  by Admin)




4.Mentioned 13 suspects detained, 8 police suspended


5. Mentioned Political involvement…


6. Mentioned Red Light area …


Comments

Popular posts from this blog

Ahmad Iqram, Anda Berdosa kerana Menghina Agama #1.3

Hak Penukaran Agama Minor dan Perlembagaan Persekutuan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mentakrifkan Keesaan Tuhan Sembahan Orang?