Adakah Masyarakat Islam disesatkan oleh Zakir?
Adakah Masyarakat Islam disesatkan oleh Zakir?
google.com, pub-2960278825814307, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Tafsiran Zakir mengenai kitab agama Hindu itu salah, fitnah dan nista!
1.Kitab Hindu disalahtafsir oleh Zakir.
Betullah apa yang di cakap oleh En Rajaretinam. Masyarakat Islam di Malaysia diberi info yang salah oleh Zakir bersama gengnya. Lantas pengetahuan mereka mengenai agama Hindu itu salah. Contoh Admin FB ini yang spin ayat.
Admin Haikal Haziq, (22 -8-2019)
post begini sebagai kata En. Rajaretinam,
KAMI BANTAH DR ZAKIR NAIK KERANA MAHU SELAMATKAN PENGANUT ISLAM DARI ‘AJARAN SESAT’
Ayat sebenar ditutur oleh Presiden Malaysian Indian Progressive Association (MIPAS), Rajaretinam Armuggan berkata,
“Di Malaysia kami tidak risau orang Hindu masuk Islam tapi kami risau orang Islam diberi maklumat yang salah mengenai agama Hindu dan disesatkan” (pada 2012)
Orang yang tukar agama tanggung dosa mereka sendiri, bila masa menjawab mereka perlu jawabnya. Ia menjadi pilihan sendiri. Rata-rata orang Hindu tiada masalah.Tetapi tafsiran Zakir mengenai kitab agama Hindu itu salah, fitnah dan nista, masyarakat Islam yang percayainya juga akan tanggung dosa fitnah itu. Itulah yang dimaksudkan oleh Encik Rajaretimnam.
2.Zakir dengan Salman Tiada Jauh Beza.
Zakir Naik ini sama dengan Salman Rushdie. Tafsir kitab orang ikut kepala sendiri. Salman ambil beberapa ayat daripada Kitab Islam,kemudian buat andaian dan tafsiran sendiri. Umat Islam tahu Salman salah, lalu menolaknya sehingga dikenakan fatwa.
Begitu juga si Zakir ini. Dia ambil beberapa ayat daripada Kitab Hindu, kemudian buat andaian dan tafsiran sendiri. Umat Hindu tahu Zakir salah, lalu menolaknya.
Tafsiran Zakir mengenai kitab Hindu itu salah, fitnah dan nista. Malangnya ramai orang seagamanya mempercayai Zakir secara buta tuli. Quran sendiri ada kata, "anda harus selidiki segala info dan pastikannya.. . anda bertanggungjawab " https://quran.com/17/36
(And do not pursue that of which you have no knowledge. Indeed, the hearing, the sight and the heart - about all those [one] will be questioned).
Persoalan.
Siapa diantara kamu telah membuat 'cross check ' daripada kitab Hindu yang dikatakan oleh Zakir? Bolehkah sesiapa di sini berani tampil ke hadapan dan mengaku sudah melakukan kajian terperinci tentang apa yang di sebut oleh Zakir mengenai agama Hindu.? Saya cabar.
3.Pandangan Tokoh agama Islam. Betulkah Zakir?
a.Mufti pahang kata,
i.Zakir melanggar hukum syariah, tidak mengikut sunnah waljamaah.
ii.Boleh menyebabkan perpecahan dikalangan Muslim di Malaysia.
iii. Perlu dihalang kerana tidak selaras dengan pendapat kesemua 4 Imam utama mazhab Sunnah waljammah.
iv.Zakir menolak maulid nabi dll
b.Nurul Haqq Shahrir, pakar Islam University Malaya.
i.Zakir hanya baca literal,
ii. tidak memahami / melanggar syariah ,
iii. tidak tahu sebut nama Allah dengan betul.
iv. Allah berada di atas syurga (langit)… (Allah bertempat?)
c. Darul Uloom Deoband (Mazhab Hanafi /Sunni /India) keluarkan fatwa bahawa
i.Zakir telah sesat.
ii. Ghair Muqqalid (orang yang tidak mengikut kesemua Mazhab utama sunnah waljamaah)
iii. Umat Islam dilarang dengar ceramah dia.
d.Pengasas dan Pengerusi Pusat Pengajian dan Pendidikan Islam Ar-Rifaie Selangor, Ustaz Ahmad Hafiz Mohd Alwi Al-Bakaniyy berpendapat, pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik perlu mempelajari fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang berteraskan aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah sekiranya beliau mahu berdakwah di negara ini.
Ahmad Hafiz yang juga merupakan Panel Pakar Rujuk Deradikalisasi bagi Kes-Kes Khas Keganasan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menasihati pendakwah dari India itu, supaya mempelajari sifat 20 yang wajib bagi Allah, kitab Risalatul Tauhid dan juga kitab-kitab akidah yang lain sebelum berdakwah.
Ini kerana katanya, fahaman Zakir Naik dilihat tidak selari dengan akidah ASWJ di negara ini, terutamanya dalam bab ketuhanan seperti yang diceritakan oleh pendakwah tersebut.
Kesimpulan.
Umat Hindu amat jelas tentang Kitab Hindu. Walaupun seribu Zakir datang umat Hindu tidak boleh digoyah keimanannya. Hanya yang sesat dan berkepentingan akan terpengaruh dengan dakyah Zakir.Tafsiran Zakir mengenai kitab agama Hindu itu salah, fitnah dan nista!
Adakah Masyarakat Islam disesatkan oleh Zakir?
Om Mahakali Jayam.
Sivasiddhi.
Sivasiddhi Spiritual Foundation
23 Ogos 2019
Rujukan
1. A Demand for Public Apology from Zakir for Insulting Hinduism.
2. Kepada Orang yg Mempertuhankan Zakir.
3. 4 Soalan Membongkar Kebodohan Zakir
4. Zakir's Modus Operandi
5. Dilemma Muslim…
6. Warkah Terbuka untuk Muslim
7. Lies of Zakir on Hinduism
8. The Real Interpretations That Hindus Follow. Svetasvatara Upanishad (Sv.4.20)
August 22, 2017
August 22, 2017
9.The Real Interpretations That Hindus Follow. Yajur Veda (Y.40.9)
August 22, 2017
August 22, 2017
10. The Real Interpretations That Hindus Follow. Bhagavad Gita verse 7.20
January 18, 2019
January 18, 2019
11.Is Zakir Spewing Venom?
12.Watch the video from 2.15.00 hours for detailed info about Zakir’s Lies and Manipulations on Hindu Scriptures.
13. Haikal Haziq
14.Fatwa Deoband
15.Nurul Haqq Shahrir.
16.Suratkhabar theSun 21 August 2019
17.Suratkhabar theSun 22 August 2019
Pengasas dan Pengerusi Pusat Pengajian dan Pendidikan Islam Ar-Rifaie Selangor, Ustaz Ahmad Hafiz Mohd Alwi Al-Bakaniyy berpendapat, pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik perlu mempelajari fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang berteraskan aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah sekiranya beliau mahu berdakwah di negara ini.
Ahmad Hafiz yang juga merupakan Panel Pakar Rujuk Deradikalisasi bagi Kes-Kes Khas Keganasan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menasihati pendakwah dari India itu, supaya mempelajari sifat 20 yang wajib bagi Allah, kitab Risalatul Tauhid dan juga kitab-kitab akidah yang lain sebelum berdakwah.
Ini kerana katanya, fahaman Zakir Naik dilihat tidak selari dengan akidah ASWJ di negara ini, terutamanya dalam bab ketuhanan seperti yang diceritakan oleh pendakwah tersebut.
18. Fahaman Zakir Naik tidak selari dengan ASWJ,kata ahli agama
19.Jangan Hina agama dan bangsa lain.
Comments
Post a Comment