Menjawab Puisi Pagi Jumaat Dr Asri Maza.

Menjawab Puisi Pagi Jumaat Dr Asri Maza.

...apabila yang mempertuhankan Zakir, jadi dungu..
lantas menyeru agar suspek pemangkin pengganas Bangladesh, penghina pelbagai agama itu jangan diganggu..
tidak mahu diserahkan kepada kerajaan alim menyembah Tuhan Mahaesa dan penganut suci..
menghormat wanita sebagai Tuhan.. di benua sana..
ajaran yang memberi kebebasan manusia..
gembira sehingga semua dipanggil anak-anak Tuhan..
wajarnya manusia diperlakukan demikian rupa..
betapa menghormati insan sesama..
di sini pula  kami berterima kasih kepada apa yang ada..
berdekad kami membina negara..
Maza, anda boleh berdiam bahasa..
toleransi dan kesabaran ialah keimanannya..
…………………..Sivasiddhi.

Puisi Dr Maza.

Mesej Dr Maza
Mesej dalam puisi pagi jumaat oleh Dr. Maza amat menghina dan provokasi. Ia amat menyinggung perasaan orang Hindu di negara ini. Perbuatan sebegini tidak patut dilakukan oleh seseorang yang bergelar mufti.

1.Menghina agama Hindu
[...apabila yang mempertuhankan lembu bersatu..
lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu..
mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api dan penganut sati..
pembakar wanita janda.. di benua sana..
ajaran yang mengkastakan manusia..
sedih sehingga ada yang dipanggil paria..
wajarkah manusia diperlakukan demikian rupa..
betapa menghina insan sesama..]

Bahagian puisi ini jelas menghina agama Hindu dan orang Hindu. Orang Hindu hanya sembah Tuhan yang Mahaesa iaitu Mahesan (Siva  /Brahman) tetapi Maza cuba menghina dengan menulis sebagai mempertuhankan lembu.
Selain itu menyatakan sebagai menyembah api. Tiada orang Hindu menyembah api.  Api ialah unsur elemen alam yang paling tulin, tidak boleh dicemarkan oleh unsur lain.
Dalam agama Hindu tiada penganut sati atau pembakar janda. Amalan ini hanya wujud semasa pengganas Arab  dan Mughal yang berminda ISIS menyerang India dan cuba memperhambakan wanita untuk seks. Wanita-wanita itu terpaksa membunuh diri dengan terjun ke dalam api (jauhar) untuk mengelakkan daripada dijadikan hamba seks.
Manakala paria bukan kasta dan kasta bukan amalan Hindu.  Paria ini sama maksud dengan kafir. Adakah anda gembira menggelar orang sebagai kafir? Wajarkah?
Dalam agama Hindu, semua manusia ialah anak kepada Tuhan, tiada yang lebih tinggi atau rendah.  Semua manusia ialah sekeluarga dengan Vasudewa (Tuhan)

2.Fitnah terhadap orang India.
[di sini pula tidak pernah mereka berterima kasih kepada apa yang ada..
berpakat mereka membuat angkara.. ]

Bahagian ini jelas menuduh masyarakat India sebagai tidak setia kepada negara dan berpakat untuk membuat perkara jahat atau subversif.  Pada hal, orang India berkorban membangunkan negara ini sejak sebelum merdeka. Orang India setia kepada negara tanpa berbelah bahagi. Perbuatan Dr Maza ini ialah percubaan untuk menghasut pengikutnya supaya menebalkan perasaan benci terhadap orang India.

3.Provokasi untuk bertindak
[kita tidak boleh berdiam bahasa..
toleransi dan kesabaran ada hadnya..]

Bahagian ini memaparkan Dr. Maza seolah -olah sudah tidak sabar dan hendak menyerang. Beliau seolah -olah menyeru pengikutnya supaya bertindak. Ini boleh mencetuskan perkara buruk sekiranya ada pengikutnya yang terdiri daripada golongan yang berminda ISIS salah faham dan mula menyahut seruan Dr Maza.

Kesimpulan
Sebagai seorang Mufti, sepatutnya perlu menjaga setiap kata, setiap perkataan perlu ada ukurannya sebelum diutarakan di khalayak umum.
Dr Maza, kalau tidak tahu mengenai agama Hindu, lebih baik diam dan jangan membuat andaian sendiri. Andaian akan menjadi FITNAH sekiranya salah.
Tindakan tegas perlu diambil ke atas semua orang yang menghina agama orang lain.

Sivasiddhi
28 Februari 2019

Rujukan

1.Sati Ritual.
June 02, 2017

2.Varna, Kasta dan Jati : Kebenaran Yang Diseleweng.
August 06, 2018

3.Aryan vs Anarya (Parya)
December 08, 2018

Comments

Popular posts from this blog

Ahmad Iqram, Anda Berdosa kerana Menghina Agama #1.3

Hak Penukaran Agama Minor dan Perlembagaan Persekutuan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mentakrifkan Keesaan Tuhan Sembahan Orang?