Peringatan kepada Zakir Naik



Peringatan kepada Zakir Naik : JANGAN  Bercakap Hal AGAMA HINDU.

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({ google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307", enable_page_level_ads: true }); </script>
google.com, pub-2960278825814307, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Zakir Naik, anda tiada hak untuk bercakap hal agama Hindu. Anda BUKAN Hindu.  Anda TIADA TAULIAH untuk bercakap pasal agama Hindu. Tidak ada pihak Hindu yang membenarkan anda untuk mencampuri urusan agama Hindu.

Zakir, anda hendak bercakap pasal agama anda (Islam), tidak ada hal, itu hak anda dan orang Islam. Tetapi JANGAN  bercakap hal AGAMA HINDU . Setakat hari ini, semua ucapan atau video anda membuktikan bahawa anda telah memanipulasi,  salahtafsir dan membohongi kitab-kitab Hindu dan menghina agama Hindu.
Zakir, anda jelas tidak memahami agama Hindu dan kitab-kitab Hindu. Anda hanya memetik beberapa ayat  daripada kitab-kitab Hindu dan membuat andaian sendiri berdasarkan agama sendiri. Dengan pemahaman yang sempit terhadap agama Hindu anda telah melakukan dosa dan dusta.
Penipuan dan pembohongan anda telah terbukti. Sila rujuk semua lampiran dibawah.

Kini penyakit berbohong anda itu telah dijangkitkan kepada anak-anak murid  dan pengikut taksub anda yang telah terpedaya dan diperbodohkan oleh anda, contohnya Firdaus Wong dan Ahmad Iqram.

Perlu Tauliah.
Disiarkan dalam FMT.
“Benarkan Zakir Naik berucap, tetapi dengan syarat, kata mufti Pulau Pinang”
Tulisan Predeep Nambiar  pada 23 Februari 2019

Walaupun Zakir seorang Islam,  Zakir perlu ada tauliah untuk bercakap hal agama Islam di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa dia tiada kebenaran untuk bercakap hal agama Islam kecuali dibenarkan oleh pihak tertentu.




Tiada Tauliah.
Maka, anda TIADA HAK untuk bercakap mengenai agama HINDU.
a.Anda bukan seorang Hindu.
b. Bilakah anda memeluk agama Hindu?
c. Siapakah yang memberi tauliah kepada anda untuk bercakap mengenai agama Hindu?

Setahu saya, tiada pihak memberi kebenaran kepada anda samada Malaysia Hindu Sangam,  Malaysia Hindhudharma Maamandram, Mahasabha atau Sivasiddhi Spiritual Foundation dll. kerana anda BUKAN seorang Hindu. SELAGI ANDA BUKAN HINDU, SELAGI ITU ANDA TIADA HAK.

Perbuatan anda sebelum ini telah banyak menyinggung dan mengguris perasaan orang Hindu. Sumpahan ke atas anda akan menghantui anda dan keturunan anda. Karma negatif pasti akan memburu hidup anda bukan sahaja dalam hidup ini tetapi juga di kelahiran akan datang. (Garuda Purana)


Om Namasivaya.
Sivasiddhi.
Sivasiddhi Spiritual Foundation
Malaysia.

24 Februari 2019

Rujukan

1. Dilemma Muslim…

2. Kepada Orang yg Mempertuhankan Zakir.

3. 4 Soalan Membongkar Kebodohan Zakir

4. Zakir's Modus Operandi

5. A Demand for Public Apology from  Zakir for Insulting Hinduism.

6. Warkah Terbuka untuk Muslim

7. Lies of Zakir on Hinduism

8. The Real Interpretations That Hindus Follow. Svetasvatara Upanishad (Sv.4.20)
August 22, 2017

9.The Real Interpretations That Hindus Follow. Yajur Veda (Y.40.9)
August 22, 2017

10. The Real Interpretations That Hindus Follow. Bhagavad Gita verse 7.20
January 18, 2019

Comments

Popular posts from this blog

Ahmad Iqram, Anda Berdosa kerana Menghina Agama #1.3

Hak Penukaran Agama Minor dan Perlembagaan Persekutuan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mentakrifkan Keesaan Tuhan Sembahan Orang?