Surat Terbuka Kepada Menteri

Surat Terbuka Kepada Menteri,
1. YB.  Hajah Zuraida Kamaruddin, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
2. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kementerian Dalam Negeri.

Tan Sri, YB,

Aduan Terhadap Geras (Gerakan Rakyat Malaysia) : RASIS dan FANATIK AGAMA.  

Saya percaya Tan Sri dan YB dan majoriti rakyat Malaysia menyedari akan aktiviti Geras yang sedang menular kuil-kuil Hindu di media sosial. Kumpulan  serpihan ini kemungkinan besar, rasis dan fanatik agama. Kumpulan ini didapati menggunakan alasan penguatkuasaan undang-undang dan keadilan terhadap Adib untuk menjayakan rancangan mereka. Motif disebaliknya agak mencurigakan dan tentu ada dalang berselindung.

Sejak sebulan lebih, kumpulan ini menularkan gambar Kuil-kuil atas alasan dibina secara haram untuk tujuan  dirobohkan.

Petikan daripada fb Geras,
“Kami Menegaskan, Bukan Hanya #KuilHaram, #TokongHaram, #GerejaHaram, #SurauHaram Malah Semua #PembinaanHaram Yang Membabitkan Milikkan Tanah Orang Lain Atau Kerajaan, Kami Akan Tetap Viralkan Dan Merobohkannya Tanpa Diskriminasi Agama, Perkauman Atau Bangsa.” (1)

Daripada sebanyak 38 Siri tular (sehingga 11/01/2019), hampir kesemuannya ialah kuil Hindu. Tiada satupun binaan haram yang lain. Ia mungkin satu anasir jahat yang cuba menghapuskan agama Hindu.

Kepada PBT
Kalau benar, kumpulan ini hendak membantu pihak PBT (Dewan Bandaraya,  Majlis Perbandaran, Majlis Daerah) untuk mengenalpasti pembinaan haram dikawasan tertentu, mereka seharusnya menularkan kesemua pembinaan haram di sesuatu kawasan seperti dinyatakan tetapi tidak.

Di setiap kawasan kuil ditular, terdapat beberapa / puluhan pelbagai binaan haram yang seperti kedai haram makanan (Tomyam,Seafood, Buah-buahan, Kuih), kedai haram jual Bundle, kain dll).  Kumpulan ini tidak menularkan mana-mana pembinaan haram yang lain. PBT seharusnya maklum keadaan ini.

Pertanyaan kepada PBT,
1.Adakah kesemua binaan yang lain itu telah mendapat kelulusan daripada PBT berkenaan?
2.Kalau ya, sila senaraikan semua binaan yang sah di halaman Internet. Kalau tidak, apakah tindakan yang akan diambil?
3.Adakah pihak PBT hanya akan bertindak apabila ditularkan di media sosial?
4. Adakah PBT berkerjasama dengan Geras atau memberi kuasa kepada mereka untuk berbuat demikian?
5. Mengapakah Menteri berkenaan berdiam diri dalam hal ini? Mengapakah tiada percubaan untuk menyelesai atau mereda keadaan?
6.Adakah Menteri  harus meletak jawatan atau dipecat apabila pegawai-pegawainya gagal melaksana tanggungjawab mereka?

Saya percaya PBT boleh mengambil langkah positif untuk mengazetkan kuil-kuil Hindu selaras dengan peruntukan perundangan demi mendukung aspirasi Rukun Negara.
…...

Kepada KDN
Kumpulan ini secara terang dan jelas membuat ugutan dan ancaman.

a.Mengugut Perdana Menteri.
Dalam sejarah Malaysia,  saya tidak pernah mendengar akan ada pihak yang berani untuk mengugut  PM.

Petikan daripada fb Geras,
“Tuntutan nombor 2,
GERAS MENDESAK DAN MENUNTUT  DENGAN KETEGASAN SERTA MEMBERI TEMPOH SELAMA 40 HARI SAHAJA KEPADA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SELAKU PERDANA MENTERI…”(1)

Penyataan di atas itu jelas merupakan ugutan kepada Perdana Menteri sekiranya PM tidak memenuhi tuntutan mereka.

b. Mengugut untuk Mengamuk!
Kumpulan ini mengugut akan mengamuk. Petikan daripada fb Geras,
“Jangan Sampai Amukan Dari Gerakan Rakyat Malaysia.”(2)
Pernyataan ini menunjukkan, kumpulan ini sedang merancang sesuatu diluar undang-undang. Perbuatan ‘Amuk’ selalunya melanggar perundangan.

c. Ancaman kepada Agama Hindu.
Tindakan kumpulan ini yang hanya sasarkan kuil-kuil Hindu, ini seolah-olah memprovokasi untuk menimbulkan hura-hara di negara ini. Tindakan Geras melabel binaan kuil yang tiada kelulusan PBT sebagai Kuil Haram ini menguris perasaan penganut Hindu yang berpegang kepada Rukun Negara. Ia ialah penghinaan terhadap agama Hindu. Ia juga telah menimbulkan perasaan benci sesama rakyat.  

d. Sasarkan Pemimpin India
Kumpulan ini juga menyasarkan pemimpin keturunan / masyarakat India. Saya syak kumpulan ini sengaja menimbulkan provokasi untuk menambah kebencian sesama rakyat dengan motif tersembunyi, iaitu untuk cuba mengambarkan Menteri Perpaduan gagal menjalankan tugas beliau setelah semua usaha lebih awal gagal. Mereka cuba mengambarkan perpaduan rakyat sudah tidak baik disebabkan oleh pemimpin-pemimpin India.

e. Anasir  Negatif .
Keadaan ini juga mungkin akan memberi ruang kepada anasir negatif untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap keselamatan negara. Contoh, kejadian gangster upahan bodoh yang merusuh dikuil Seafield atau kumpulan yang pertahan kuil melakukan kemudaratan tempoh hari berulang lagi. Sekiranya anak-anak muda terpedaya dengan sandiwara ini, mungkin akan menjadi gangster upahan bodoh yang baharu, yang tamakan sekeping dua wang ringgit, mengulangi perbuatan bodoh seperti di kuil Seafield.

Pertanyaan Kepada KDN
1.Adakah KDN sedar akan ugutan terhadap PM?
2.Adakah pihak KDN hendak tunggu Geras untuk mengamuk?
Sekiranya Geras mengamuk seperti ugutan dalam posting fb mereka, apakah keadaan Malaysia?
3.Apakah motif sebenar kumpulan ini?
4.Mengapakah hanya kuil Hindu sahaja menjadi sasaran mereka? Apakah ada agenda seperti ISIS yang tersembunyi?
5.Siapakah dalang di sebalik kumpulan ini?
6.Adakah kumpulan ini terlibat dengan kumpulan pengganas luar seperti Isis?
5.Mengapakah Menteri berkenaan berdiam diri dalam hal ini?  Mengapakah tiada percubaan untuk menyelesai atau mereda keadaan?

Tindakan kadar segera
Perlu diambil dengan kadar segera untuk menjaga sensitiviti masyarakat Hindu.
a.Menutup  page fb Geras.
b. Menyiasat semua individu yang terlibat dengan aktiviti Geras.
c. Menghentikan perbuatan melabel binaan tidak sah sebagai Kuil Haram.
d. Menghentikan perbuatan menular kuil-kuil Hindu di media sosial oleh semua pihak lain.
e. Tindakan lain yang sesuai.


Kesimpulan
Menteri-menteri yang  bertanggungjawab perlu mengambil langkah sewajarnya sebelum nasi menjadi bubur. Saya percaya, semua rakyat Malaysia tidak mahu musibah yang berlaku kepada Allahyarham Adib berulang.


‘Hubungan etnik yang harmonis ialah Kunci survival Malaysia’ iaitu Perpaduan Rakyat ... Prof. Datuk Dr.  Shamsul Amri Baharuddin. Generasi kini sedang menikmati hasil usaha titik peluh orang tua kita yang membentuk negara. Selagi aspirasi Bapa-bapa pengasas Malaysia dan Kontrak sosial di hormati oleh semua rakyat Malaysia,  selagi itu survival Malaysia terjamin.


Sekian.

Sivasiddhi
11 Januari 2019

Rujukan
1. Pembinaan haram...Tuntutan

2. ... Amukan… Geras

3. Zahid Hamidi  ...Amuk

4.Isu Icerd : Siapa bersalah?
Umno BN yang Buat Hal,  Yb Waytha dan Orang India Dituduh.

5.Prof. Datuk Dr.  Shamsul Amri Baharuddin, Model Hubungan Etnik, Upena, Shah Alam, 2008

6.YB Waythamurthy di Fitnah.

7.Jom Hapuskan Semua Binaan yang Haram


Comments

Popular posts from this blog

Ahmad Iqram, Anda Berdosa kerana Menghina Agama #1.3

Hak Penukaran Agama Minor dan Perlembagaan Persekutuan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mentakrifkan Keesaan Tuhan Sembahan Orang?