Kuil Haram Vs Masjid Haram.


Kuil Haram Vs Masjid  Haram.
Kuil Halal Vs Masjid Halal.

Salam Malaysia ,
Ditujukan kepada GERAS,
Gerakan Rakyat Malaysia.
fb://page/345042449627120


Menyatakan/ Melabel tempat sembahan seseorang sebagai haram ialah suatu pernyataan yang BIADAP. Kitab Islam amat jelas melarang anda untuk meghina sembahan orang.
Ia tidak selaras dengan aspirasi Rukun Negara. Ia merupakan penghinaan terhadap orang yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. Ia merupakan penghinaan terhadap agama Hindu dan penganutnya.

Biadap.
Adalah biadap untuk melabel rumah ibadat seseorang sebagai haram. Walaupun kitab anda menyatakan demikian, ia bertujuan sebagai peringatan untuk anda bukan untuk tujuan menghina secara terbuka sehingga melukakan perasaan manusia lain yang dicipta oleh Tuhan yang sama.  Kuil yang dibina tanpa kelulusan yang sah seharusnya dilabel sebagai kuil yang tidak berdaftar. Sekiranya kuil-kuil yang tidak didaftar di label sebagai kuil haram,  adakah kuil-kuil berdaftar lengkap / sah ialah kuil halal? Kuil yang halal untuk siapa? Adakah semua masjid yang berdaftar lengkap patut dikira sebagai masjid halal seperti kuil? Kuil halal dengan masjid halal boleh dikira samakah?
Lagipun, kuil ialah untuk kegunaan orang ramai, bukan untuk tujuan persendirian.
Saya keliru disini,
Masjidil Haram di Mekah juga dinyatakan sebagai haram,  adakah ia membawa maksud seperti yang difikirkan oleh golongan cetek adab ini?  Adakah perkataan haram ini boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya?

Perbuatan biadap ini perlu dihentikan dengan segera.  Ia bukan sahaja mengelirukan orang ramai malah ia sedang mengungkit perasaan benci sesama rakyat Malaysia.  Sejak bila anda mengambil peranan PBT atau Dewan Bandaraya dalam menyusun sistem penguasaannya? Adakah anda pemakan dedak yang masih ingin menanam perasaan benci dikalangan rakyat Malaysia?

Kerajaan Lama Umno BN Gagal.
Kerajaan lama gagal berlaku adil untuk menyediakan tapak yang sesuai untuk rumah ibadat selaras dengan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan terutamanya kuil Hindu sejak 60 tahun.
i. Kuil-kuil di ladang dimusnahkan.
Ladang-ladang yang ditukar kepada perbandaran, telah kehilangan jumlah kuil yang banyak. Tetapi tiada tapak baru yang setimpal diberikan. Contoh, Putrajaya.
ii. Perbandaran baharu.
Kadang-kadang tapak yang disediakan oleh pemaju tertentu untuk tujuaana pembinaan Kuil tidak diluluskan oleh PBT atas pelbagai alasan.
iii.Tapak tidak sesuai.
Ada sejumlah kecil tapak yang diberikan, tetapi ia ialah kawasan kumbahan. Tanah kawasan begini tidak boleh dibina kuil. Orang yang berbuat deemikian mungkin ada agenda sendiri.
iv. Warisan sejarah negara.
Kuil-kuil yang dibina sejak zaman sebelum merdeka tidak digazetkan secara automatik. Kuil lama merupakan warisan sejarah negara yang patut digazetkan.
v. Jabatan Agama Hindu.
Tiada satu Agensi atau Jabatan Khusus untuk menyelaras agama Hindu.

Wahai Geras,
Daripada sibuk cari kuil yang tidak berdaftar lebih baik dan patut anda buat:
1. Mencari matcai-matcai kucing upahan bodoh yang memalukan bangsa sendiri. Mendidik mereka supaya jangan jadi bodoh kerana diupah. Banyak lagi si kucing bodoh di luar yang mendapat upah dan dedak.

2. Mencari jalan untuk menghapuskan Matcai dan Minah yang suka buang bayi yang tak berdosa, dilahirkan akibat perbuatan zina haram.

3. Mendidik Mat rempit yang merayau waktu malam membahayakan pemandu lain. Pegawai polis pun pernah tercedera dirempuh mat rempit.

4. Mengenalpasti Matcai ketum, Matcai dadah, Matcai  penagih. Kelantan dalam rekod.

5. Mengenalpasti perokok haram,  Didik semua perokok haram supaya mematuhi ajaran agama.

6. Yang paling penting, perlu cari semua ‘Melayu’ haram dan ‘Bumiputera’ haram, banyak yang
menyamar seperti Melayu /bumiputera asli , contoh di Sabah dikatakan 70% haram.   Melayu /bumiputera asli rugi banyak. Semenanjung ada berapa yang haram agaknya?

7. Cari semua penyanggak, perasuah, perompak wang kerajaan, contoh lepas 1MDB, wang TH, wang Mara, wang Felda dll. Jangan lupa yang tak bayar hutang PTPTN.
Negara boleh lebih maju dan aman.

8. Cari semua gerai haram dan hapuskan semua. Ada banyak gerai kuih haram, kedai bunddle haram, Kedai Tomyam haram dan lain-lain gerai yang dibina atas tanah haram. Hasilnya dipunggut sendiri pada hal tanah awam.
Wahai Geras,
Salurkan tenaga anda untuk fokus dalam pembangunan bangsa sendiri. Ada tak dengar nasihat Tun,  jangan bertongkat, malas dll. Orang buat bisnes, anak dijadikan doktor, kau nak beli lamborghini. Siapa pandai?

Biarlah pertubuhan-pertubuhan Hindu dengan pihak kerajaan menguruskan hal kuil-kuil di Malaysia.  

Salam,
Sivasiddhi
6 Januari 2019

Rujukan.
1.Tongkat Melayu ..Tun

2.Warganegara Ekspress.

3.Melayu malas.. Tun agm pbbm 2

4.Gerakan Rakyat Malaysia.



Comments

Popular posts from this blog

Ahmad Iqram, Anda Berdosa kerana Menghina Agama #1.3

Hak Penukaran Agama Minor dan Perlembagaan Persekutuan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mentakrifkan Keesaan Tuhan Sembahan Orang?