Jom Hapuskan Semua Binaan yang Haram.

Jom Hapuskan Semua Binaan  yang Haram.

Selaras dengan wawasan Admin Geras  (Gerakan Rakyat Malaysia), dalam perkara pembinaan haram.

[Kami Menegaskan, Bukan Hanya #KuilHaram, #TokongHaram, #GerejaHaram, #SurauHaram Malah Semua #PembinaanHaram Yang Membabitkan Milikkan Tanah Orang Lain Atau Kerajaan, Kami Akan Tetap Viralkan Dan Merobohkannya Tanpa Diskriminasi Agama, Perkauman Atau Bangsa.]

https://www.facebook.com/345042449627120/posts/356500095148022/

Semua pembinaan Haram….Perlu merobohkannya Tanpa Diskriminasi. Halalkan semua.
DB, MP, MD, PBT , bila hendak buat kerja  secara halal.

Saya Setuju benar dengan langkah Geras dalam ini, tetapi  jangan hanya fokus rumah ibadat haram agama tertentu sahaja kerana tindakan begini akan melabelkan anda sebagai RASIS dan FANATIK AGAMA. Malah banyak bangunan / binaan,  pondok gerai haram juga perlu diviralkan supaya dirobohkan.
Gerai haram tomyam, gerai haram makanan, gerai haram jual nasi lemak tepi jalan, gerai haram gunting rambut, jual kain dll. Di kaki lima semuanya tanah kerajaan.  Perlu dipulangkan kepada kerajaan. Sebagai rakyat Malaysia, saya bersama anda untuk robohkan tanpa diskriminasi

Geras, ayuh buat jasa secara telus, adil dan halal.

Siri 1-35 yang anda(Geras) tularkan, semuanya rumah ibadat Hindu dan tokong Cina.  Ini ialah tanda-tanda rasis dan fanatik agama.
Bila hendak viralkan kedai haram yang banyak di merata tempat di atas tanah milik kerajaan.
Geras, ayuh kerja secara halal.
PS. Makan di kedai haram,  halal kah?

Mana Dewan Bandaraya,  Majlis Perbandaran, Majlis Daerah? Adakah pegawai penguatkuasa anda hanya bertindak bila ditularkan dalam media sosial?
Makan hasil gaji mesti daripada kerja secara halal.

Pendirian terhadap Tuntutan Geras.
Perkara 1. KEADILAN UNTUK ADIB
Setuju 100%

Perkara 2. MEMECAT MENTERI
Tidak setuju (tidak diberi sebab, tiada sebab munasabah)

Perkara 3. MENGUAT-KUASAKAN KONTRAK SOSIAL
Tidak faham (perlu penjelasan)

Perkara 4. JANGAN MENGHINA  AGAMA
Setuju 100%

Perkara 5. JANGAN MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU DAN PDRM SERTA PENJAWAT AWAM
Setuju 100%  (Raja-raja)
Setuju bersyarat (bersuara mengenai pegawai yang tidak halal)

Perkara 6. PBT MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP RUMAH-RUMAH IBADAT
Setuju dengan syarat (semua pembinaan haram termasuk gerai-gerai haram)

Perkara 7. MENOLAK ICERD, HAPUSKAN SENTIMEN PERKAUMAN, MENDISKRIMINASIKAN KAUM MAJORITI

Tuntutan Icerd, tidak relevan (PM sudah selesaikan)
Hapus Sentimen kaum,setuju (tetapi anda sedang ungkitkan)
Diskriminasi kaum majoriti,  tidak faham (perlu penjelasan)

Sivasiddhi
9 Januari 2019

Comments

Popular posts from this blog

Ahmad Iqram, Anda Berdosa kerana Menghina Agama #1.3

Hak Penukaran Agama Minor dan Perlembagaan Persekutuan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mentakrifkan Keesaan Tuhan Sembahan Orang?