YB Waythamurthy di Fitnah

YB Waythamurthy di Fitnah.

Mengapa YB Waythamurthy menjadi sasaran kumpulan serpihan? Fitnah semata-mata.
Percubaan mematikan karekter pemimpin berwibawa.

Pendahuluan
Waytha ialah aset utama Pakatan Harapan. Kalau Waytha tidak ada, PH tidak akan sampai ke Putrajaya. Waythamurthy aset besar PH tetapi cuba ditonjolkan sebagai liabiliti. Kalau Waytha dijatuhkan, PH akan tumbang. Oleh itu, YB Waytha disasarkan oleh pihak tertentu.

Renungan Sejarah
Semenjak merdeka, undi masyarakat India majoriti hanya untuk BN, MIC. Selepas Waytha memimpin Hindraf, undi masyarakat India beralih majoriti untuk pembangkang (PH) asalkan bukan BN. Masyarakat India mengundi tanpa mengira parti termasuk PAS (PRU 12 dan 13), asalkan bukan BN

Hakikat Kedudukan Parti-parti sebelum Hindraf-Waytha ( 2008)
a. Kedudukan PKR
Sebelum 2008,hanya beberapa kerusi parlimen dimenangi, PKR hanya nyawa -nyawa ikan. Selepas Hindraf,  jumlah dimenangi PKR agak mendadak. Kini PRU 14, 40 buah kerusi. PKR berjaya mengambil alih pemerintahan Selangor (PRU 12,13 dan 14).
b. Kedudukan DAP
Sebelum 2008,mempunyai lebih banyak kerusi parlimen dan negeri, namun  tidak pernah majoriti atau cukup untuk memerintah peringkat negeri. Selepas Hindraf,  DAP dapat memerintah Pulau Pinang dan menang majoriti di beberapa negeri. ( PRU 12,13 dan 14)
c. Kedudukan BN
Sentiasa menang majoriti sebelum 2008. Selepas Hindraf, PRU 12 dan 13 , BN hilang majoriti. Kini PRU 14, hilang kuasa memerintah negara.
Inilah hakikat dan kekuatan YB Waythamurthy sebagai aset PH.

Kumpulan yang Menentang YB Waytha
Kumpulan serpihan Pemuda PPBM, Armada,  serpihan Pemuda Amanah, MBM, Perkasa , Umno, Pas dan lain-lain yang ada kepentingan politik. Dan yang cuba meloloskan diri daripada tindakan undang-undang.
Kumpulan ini mempersoalkan lantikan Waytha atas pelbagai alasan tetapi diamkan diri semasa skandal rasuah dan rompakan harta negara semasa UmnoBN memerintah.  

Langkah Menjatuhkan Waytha.
Hanya fitnah yang ditaburkan.  Tiada sebarang alasan yang kukuh untuk Waytha tarik diri atau dipecat daripada jawatan Menteri bagi mengelakkan seperti skandal 1MDB,  TH, FELDA, rasuah dll. Beberapa langkah diambil oleh kumpulan serpihan ini tetapi gagal kesemuanya.
a. Isu Icerd.
Isu ICERD difitnah ke atas Waytha, tetapi gagal setelah PM  menarik balik.
b. Video lama
Video tular lama digunakan untuk fitnah, tetapi gagal setelah PM mengakui itu perkara lepas.
c. Isu Kuil Seafield
Kritikan ke atas polis dijadikan isu, tetapi gagal setelah Waytha menarik balik dan isu itu selesai.
d. Kematian anggota bomba.
Setelah semua langkah gagal, kini difitnah ke atas kematian wira bomba negara.
'Waythamoorthy dianggap bertanggungjawab atas kematian Muhammad Adib Mohd Kassim ...'
Kematian Adib masih dalam siasatan dan tiada sebarang kaitan dengan Waytha.

Tujuan untuk Mematikan Karakter
Mematikan karakter (character assassination) seorang pemimpin berwibawa. Kewibawaan Waytha ini digeruni pihak pembangkang. Ia bertujuan,
1. Menghalang Waytha daripada membuka parti baharu yang dalam perancangannya. Parti baharu itu boleh menyatukan masyarakat India dan sekali gus menguburkan MIC dan BN.
2. Menghalang kemajuan masyarakat India yang telah lama dipinggirkan. Ada pihak yang tidak selesa dengan peluang PH untuk memajukan masyarakat India.
3. Menjatuhkan PH dalam PRU 15.
Waytha yang merupakan aset utama menarik undi masyarakat India. Waytha cuba dipaparkan sebagai kambing hitam, supaya diwarnakan sebagai liabiliti PH.  Ini merupakan langkah perang saraf yang dimainkan oleh pembangkang.

Kesimpulan.
PKR, DAP, AMANAH, PPBM berhutang budi kepada YB Waytha atas sumbangan besarnya untuk sampai ke Putrajaya. DS Anwar Ibrahim berhutang budi kepada YB Waytha, tanpa kemenangan PH,  tiada kebebasan dari penjara. ‘Dari Penjara ke Parlimen’
Sebarang tindakan ke atas YB Waytha akan mengalihkan senario politik negara. Waytha ialah pemimpin harapan masyarakat India majoritinya.

Sayangi Malaysiaku.
PS. Mungkin kumpulan serpihan ini mencuba jatuhkan Waytha sebelum Tun turun jawatan PM. Sebab Tun yang membawa Hindraf sebagai rakan strategik dalam PH. Siapa dalang?
Om Namasivaya. 
Sri  Sivasiddhi


Sivasiddhi Spiritual Foundation  Malaysia
21 Disember 2018

Rujukan
1.Mahathir ok with Waytha…

2.Why the hate…

3.Isu Icerd dan video lama

4. Waythamurthy dilantik…

Comments

Popular posts from this blog

Ahmad Iqram, Anda Berdosa kerana Menghina Agama #1.3

Hak Penukaran Agama Minor dan Perlembagaan Persekutuan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mentakrifkan Keesaan Tuhan Sembahan Orang?