Sudah Ada Peha Hendak Betis Juga. #1

Sudah Ada Peha Hendak Betis Juga. Ditujukan Kepada Penulis Rasis.

Dituju kepada Penulis Bodoh Rasis. (Tak pasti nama sebenar) berkaitan Malaysia dengan India.
(Bahagian 1 drpd 2)


Namaskar, Salam Perpaduan.

Artikel ini ditujukan khas kepada penulis dan penyokong-penyokong bodoh  rasis,
Bagi menjawab fitnah yang dilemparkan ke atas masyarakat India di Malaysia melalui artikel / komen bertajuk ‘Bagi betis nak paha. Ditujukan kepada India rasis. Beza Malaysia dengan India' (Rujukan 1), sedang tular di media sosial.

Saya tidak pasti maksud tersirat peha dan betis yang dimaksudkan oleh penulis.
Walauapapun, artikel ini merupakan fitnah dan hasutan perasaan benci terhadap masyarakat India oleh kumpulan serpihan yang telah memakan dedak dari pihak tertentu.

Dijawab berdasarkan nombor dalam artikel. (1-3)

1. Fakta.
[“Di Malaysia hanya 7% saja penduduknya beragama Hindu. Bukan ramai pun, tidak sampai dua juta. Sementara itu, 62% adalah orang Melayu, Cina dan India yang beragama Islam. Di India pula lebih 80% beragama Hindu sementara 13% saja yang beragama Islam.”]

Hanya ini sahaja fakta yang betul ditulis oleh penulis rasis bodoh itu.

2. Fitnah keatas kerajaan India.

[“Di India golongan minoriti Islam sejak zaman berzaman menjadi mangsa penindasan. Orang Islam di sana langsung tidak boleh angkat muka. Disyaki menyimpan daging lembu saja sudah cukup sebagai alasan untuk mereka dibunuh oleh fanatik Hindu. Lebih-lebih lagi sekarang ini Perdana Menteri India, Shri Narendra Modi, adalah seorang fanatik Hindu yang pernah terlibat dalam rusuhan membantai orang Islam di Gujerat sewaktu dia menjadi Ketua Menteri Gujerat antara 2001 dengan 2014 dahulu. Kepadanyalah Dr. Zakir Naik, seorang pendakwah antarabangsa,  hendak diserahkan oleh kumpulan Hindraf yang diketuai oleh Waytha Moorthy dan P. Ramasmy untuk dibicarakan!”]

Penulis rasis ini, sepatutnya tidak perlu membawa isu negara lain. Perkara ini jelas membuktikan sikap rasis penulis cuba mengaitkan masyarakat India dengan negara India untuk menonjolkan sentimen kaum.
Sekadar untuk pemahaman masyarakat majoriti Melayu yang dihormati.
a.Di India golongan minoriti Islam sejak zaman berzaman mempunyai hak istimewa.
i. Orang Islam diberi bantuan kewangan untuk mengerjakan Haji.
ii. Orang Islam dibiayai belanja masjid dan gaji kakitangannya.
iii. Orang Islam dibenarkan mengamalkan undang-undang Syariah dalam hal mereka.
iv. Orang Islam mendapat hak sama dalam pendidikan, jawatan kerajaan seperti semua
warganegara.
v. Orang Islam pernah diangkat menjadi Presiden India (taraf Agong) .
vi. Ada banyak Kolej dan Universiti Islam dibiayai kerajaan India.
vii. Jumlah penduduk Islam lebih 230 juta dan semakin bertambah.
Adakah golongan minoriti di Malaysia menikmati seperti minoriti di India? Zakir pernah kelentong bahawa orang India di Malaysia dilayan 100 kali lebih baik!

b.  Perkara dibangkit.
i.Isu lembu.
Hanya pencuri lembu saja ditangkap atau menutup pusat sembelihan haram oleh pihak berkuasa tetapi difitnah oleh fanatik penunggang agama. Mungkin ada kes-kes terpencil berlaku sehingga membawa kepada kematian. India ialah antara pengeksport daging yang besar di dunia, kalau mereka eksport daging, adakah ia menjadi satu isu? Ia dijadikan isu oleh penunggang agama dan politik. Di negara kita, pernah ada kes-kes seperti manusia berbunuhan kerana setandan pisang, kongsi hasil buruan dll. Ini juga kes terpencil.
ii. Perdana Menteri India.
Sri Narendra Modi, adalah seorang Hindu yang memandang  sama rata semua penduduk, melindungi mereka daripada rusuhan pengganas  di Gujerat sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Gujerat antara 2001 dahulu (Rusuhan itu ialah lanjutan daripada pembunuhan terhadap lebih 50 orang wanita dan kanak-kanak yang dibakar hidup-hidup dalam keretapi oleh kumpulan terroris Islam di Godhra yang pulang daripada sembahyang).  Malah ada pemimpin Islam dalam parti beliau dan majoriti orang Islam menyokongnya. Jikalau PM India itu menindas orang Islam,  mengapa Najib melawat ke India? Mengapa Narendra dibenarkan melawat Malaysia semasa BN memerintah? Tun sendiri menjemput Narendra semasa lawatan singkat baru-baru ini.
iii. Isu Zakir Naik.
Walaupun dia hormati dikalangan orang Islam tetapi dikalangan bukan Islam, pendita agama Hindu mempunyai bukti  bahawa dia menipu dan berbohong, memanipulasi kitab-kitab agama Hindu dengan tujuan untuk memesongkan orang daripada agama asal, dia juga dipercayai  seorang yang mendokong keganasan oleh kerajaan Bangladesh dll, Orang kontroversi ini patut diserahkan oleh kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim untuk dibicarakan. Tun sendiri telah memberi amaran / peringatan kepada Zakir supaya berkelakuan baik di Malaysia. Beratus pendakwah keluar masuk Malaysia sekian lama, tiada isu kecuali Zakir. Persoalan, Apakah tindakan masyarakat Islam, sekiranya seorang bukan Islam memetik ayat-ayat daripada Al Quran dan mentafsir mengikut pegangan agama sendiri kemudian menuduh orang Islam sudah menyimpang daripada ajaran Islam? Bagaimana sekiranya Zakir salah?

3. Fakta diselewengkan.

[“Di Malaysia ini keadaannya terbalik. Walaupun minoriti, orang India menikmati berbagai profesion dalam bidang business, kerajaan dan swasta. Menurut Wikipedia:

“Malaysian Indians make up a disproportionately large percentage of professionals per capita - constituting 15.5% of Malaysia's professionals in 1999. As of a census taken in 1984, up to 38% of the nation's medical professional workforce consists of Malaysian Indians. In 1970, the per capita income of Malaysian Indians was 76% higher than that of the Malay majority.”]

Di Malaysia ini keadaannya memang terbalik. Minoriti orang bukan Melayu menikmati berbagai profesion dalam bidang business, kerajaan dan swasta. Tetapi bukanlah diberi  atau di ambil daripada orang lain. Ia diusahakan atas kudrat sendiri dengan berkat Tuhan.
Terlalu sedikit  jawatan kerajaan dikuasai oleh orang bukan Melayu pada masa sekarang berbanding 1970 atau sewaktu kemerdekaan.

Disamping itu, golongan minoriti tiada peluang ‘khas’/ tongkat walaupun dalam keadaan miskin. Terpaksa berusaha dengan sendiri.  Mendidik anak-anak mereka berpelajaran tinggi dengan hasil titik peluh sendiri serta menjual harta benda sendiri. Hanya sekumpulan yang sangat kecil sahaja mendapat bantuan. Sejak YB Waythamurthy dan rakan-rakannya dalam Hindraf berjuang,  sedikit sebanyak peluang pelajaran diperolehi. (2008). Kini, PH tidak patut menganaktirikan masyarakat India. (Tetapi kini 2022, semakin samar jadinya)

Data diketengahkan
,
Menurut Wikipedia di atas, ada kebenaran dari segi data ini. Tetapi, persoalannya di sini,  daripada jumlah profesional yang dinyatakan, berapa orangkah (Peratus) ialah lulusan daripada institusi awam, berapakah yang diberi biasiswa atau bantuan?  Apakah peranan kerajaan UmnoBN dalam pencapaian golongan profesional ini? Apakah pendapatan perkapita masyarakat India pada hari ini? Berapa banyakkah masyarakat India yang tiada harta, simpanan, rumah sendiri? ( Kerajaan BN,  menggelakan untuk membantu masyarakat India dengan meletakkan status ekonomi orang India bersama orang Cina, secara statistik, pemilikan harta agak tinggi tetapi hakikatnya sebalik) Bolehkah penulis rasis ini tunjukkan statistik yang betul?


Kesimpulan
Niat jahat dan rasis penulis ini jelas terbukti. Artikel ini merupakan fitnah dan hasutan perasaan benci terhadap masyarakat India oleh kumpulan serpihan yang telah memakan dedak terlalu banyak. Pihak berkuasa perlu bertindak segera untuk menangkap semua yang memakan dedak dari atas hingga ke akar umbi demi keselamatan dan keharmonian negara tercinta.
Wahai penulis rasis dan tali barutnya,
Bacalah kitab Bencana Lidah oleh Imam Al Ghazali. Taubatlah. Fitnah memakan diri di akhirat nanti.
...
(Bersambung ke bahagian 2:
http://cintaimalaysiaku.blogspot.com/2018/12/sudah-ada-peha-hendak-betis-juga2.html)

Om Namasivaya
Sivasiddhi
30 Disember 2018

Ps.  Penulis rasis itu tidak dapat dikesan. Gambar sekadar hiasan sahaja. Peminat puisi.

Rujukan
1.Bagi betis nak paha. Ditujukan kepada India rasis.  Salinan simpanan di ambil daripada komen Fb.
2.Komen Ali Ibrahim  dalam post Fb Firdaus Wong Wai Hung
3. Bencana Lidah
http://belajarislam.com/tazkiyatun-nafs/bencana-lidah/
4 Soalan Membongkar Kebodohan Zakir
5. A Demand for Public Apology from  Zakir for Insulting Hinduism.
6. Kepada Orang yg Mempertuhankan Zakir.
7. Zakir's Modus Operandi
8. Dilemma Muslim…
9. Warkah Terbuka untuk Muslim
10. Lies of Zakir on Hinduism



Comments

Popular posts from this blog

Ahmad Iqram, Anda Berdosa kerana Menghina Agama #1.3

Hak Penukaran Agama Minor dan Perlembagaan Persekutuan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mentakrifkan Keesaan Tuhan Sembahan Orang?