SEMALAM IBUKU MENANGIS

SEMALAM IBUKU MENANGIS
(Menjawab Puisi Dr. Asri Maza)

Semalam airmata ibuku menitis
Bangsaku juga turut menangis
Pada peristiwa yang trajis
Pada darah mereka yang merenjis

Orang-orang yang bangsat
Yang menceroboh ke tempat ibadat
Mencederakan insan-insan yang bersembahyang hajat
Tanpa alasan melainkan jahat

Sebalik mereka ada upah penghasut
Api kemarahan disembur disebut
Segala kebodohan disangkut dipaut
Hakikatnya melayang nyawa tak patut

Setelah menabur budi bakti
Dapat ruang berkongsi bumi
Ada pula yang lupa menghargai
Bukankah ini dosa dan bukti

Kami memang hidup damai dan aman
Sama berkongsi anugerah Tuhan
Kami ada adab ada sempadan
Itulah kehendak sesama insan

namun..
Jika dajal naik ke hati
Hanya sengketa yang dicari
Maka hilanglah adab harmoni
Hanya bangkit kerana upah dua helai

benar…
Tiada maaf bagi penceroboh laknat
Telanjangkanlah mereka di mata rakyat
Perlembagaan negara mesti diangkat
Ibu pertiwiku pasti harmoni selamat
Pencerobohan kedamaian mesti ditamat


SIVASIDDHI.
19 Disember 2018

Om Namasivaya. 
Sivasiddhi

Sivasiddhi Spiritual Foundation  Malaysia
PS.  Khas untuk Dr Maza bagi membalas pantunnya Hari ini Bumiku Menangis.



Sumber
https://www.facebook.com/279290772989/posts/10156993332762990/


Comments

Popular posts from this blog

Ahmad Iqram, Anda Berdosa kerana Menghina Agama #1.3

Hak Penukaran Agama Minor dan Perlembagaan Persekutuan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mentakrifkan Keesaan Tuhan Sembahan Orang?