Isu Icerd : Umno BN yang Buat Hal, Yb Waytha dan Orang India yang Dituduh.

Isu Icerd : Umno BN yang Buat Hal,  
Yb Waytha dan Orang India yang Dituduh.

Saudara-Saudari Melayu Islam,
Pendahuluan.
Icerd diasaskan oleh PBB pada 1969.
Malaysia terlibat sejak 2010. Ciri utama
ialah semua manusia dilayan sama rata
tanpa mengira agama, bangsa, warna
kulit atau taraf. Apartheid di Afrika dilawan
dengan Icerd. Prinsip asas semua agama
dunia selaras dengan Icerd termasuk Islam
agama rasmi negara. Perlembagaan
Malaysia selaras dengan Icerd pada asasnya.

Saudara,
Anda ada sebab untuk marah tetapi
kemarahan anda sedang ditujukan kepada
pihak yang salah.



1.Saya hanya ingin tahu, apa sebenarnya
Icerd ikut pandangan orang Islam Malaysia.
Kerana, Dr Maza, Mufti Perlis menganggap
Icerd selaras dengan Islam.  Banyak negara
Islam menandatangani Icerd.


2. Yb Waytha bukan membawa isu ini ikut
suka sendiri. Beliau cuma menjalankan
tugas sebagai Menteri Perpaduan,JPNIN.
Dua dokumen penting, Dokumen Laporan
Suhakam tahun 2011 muka surat 64 dan
Dokumen Laporan Tahunan 2015 Jabatan
JPNIN di bawah Jabatan Perdana Menteri
muka surat 22,  bukti bahawa isu Icerd tidak
dimulakan oleh Yb Waytha tetapi Umno.
a. Pentadbiran Umno BN yang sebenarnya
memulakan perbincangan Icerd melalui
Jawatankuasa Teknikal JPNIN pada 2010.
BN pernah tandatangan 3 daripada 9
peraturan perjanjian ini dahulu.
Zahid Hamidi merupakan Menteri Dalam
Negeri pada waktu itu.
b.Tun membuat ucapan di PBB,  (UNGA)
mengenai Icerd, September 2018.
Kemudian, JPNIN menyambung kerja
lanjutan perbincangan.
c. Kini, Kabinet PH yang majoriti Islam,
patut disalahkan sekiranya Icerd salah
kerana perkara ini dipersetujui secara
kolektif. Mengapa pimpinan PH tidak
menghentikannya?


3. Tun berkata, sebarang perubahan
Perlembagaan bukan senang , maksudnya
tanpa sokongan ahli Parlimen yang majoriti
Islam,  memang tiada perubahan.


4. Antara negara yang tidak tandatangan
ialah Myanmar, Korea Utara, Malaysia,
Angola, dll. Apakah anda setuju dengan
apa yang berlaku di Myanmar, isu Rohingya?


5.Apakah negara Islam lain yang telah tandatangan

Icerd tidak Islamik? Adakah jika Malaysia tandatangani

Icerd, Malaysia akan menjadi tidak Islamik?

Sandiwara Zahid Hamidi.
Isu Icerd kini menjadi sandiwara Umno
dan Pas yang tiada modal lain setelah
tersungkur akibat berkubang dengan
skandal 1MDB. Zahid Hamidi tiada jalan lain
untuk mengelakan siasatan SPRM. Dia yang
kata akan mengamuk, padahal dia ialah
Menteri KDN semasa ratifikasi Iced pada 2011.

Khas Kepada yang Marah.
Kepada saudara yang marah dengan
Yb Waytha dan orang India umumnya.
Kemarahan anda ada asas, tetapi tempat
ditujukan tidak betul. Ini kerana,



1. Perbincangan ICERD ini dimulakan oleh
Umno BN pada 15 Ogos 2010, Majoriti
Kabinet BN Melayu Islam,  Menteri
Perpaduan pada masa itu Islam.
Jawatankuasa Teknikal Rundingan Icerd
di JPNIN juga Islam Melayu.



2. Tun Mahathir,  PBB,(UNGA) September
2018, ucapannya mengenai Icerd dalam
perbincangan. Lanjutan daripada itu,
perbincangan ini dilanjutkan oleh
Jawatankuasa Teknikal JPNIN, yang juga
orang Islam Melayu. Yb Waytha hanya
menjalankan tugas di Kementerian
Perpaduan.



3. Tun mewakili  PH, ini bermaksud majoriti
pemimpin Melayu Islam setuju dengan
perbincangan Icerd. Kalau nak marah, patut
marah semua orang Melayu Islam yang
disebut di atas.
Di manakah kesalahan Yb Waytha atau
orang India secara umum?

Icerd  dan Islam Selaras atau Bercanggah?

1. Dr Maza, Mufti Perlis berkata,
a. Icerd selaras dengan Islam.

b. Semua negara Islam telah tandatangan
kecuali Malaysia dan Brunei.

c. Indonesia negara majoriti Muslim telah
tandatangan.

2. Negara Turki berpendapat orang yang
menolak Icerd tidak Islamik.

3.Semua negara Islam kecuali Malaysia
dan Brunei telah tandatangan, adakah mereka
tidak Islamik?



Apakah pendapat saudara saudara  Islam
Melayu dalam isu ini? Sebab pada hari
akhirat, anda perlu jawab soalan ini!

Video Tular Waytha 2008.

Ini merupakan salah satu babak sandiwara
Umno untuk menimbulkan keresahan
dikalangan rakyat.

Yb Waytha,  tidak berbohong mengenai
masalah masyarakat orang India,  
sebahagian besar ada kebenarannya.
Sebab itu,

Pada 2013, Umno BN terima Waytha
menjadi senator. Najib menambah bantuan
kepada masyarakat India. Menerima
blueprint Hindraf.

Pada 2017, Tun menerima Hindraf sebagai
rakan strategik  dan Waytha sebagai
pemimpin dan juga menerima blueprint
Hindraf.

Pada 2018, Tun melantik Waytha jadi
Menteri kabinet PH.

Adakah semua pemimpin ini tidak tahu
apa berlaku dari 2008-2013, Adakah polis
tidak tahu? Jikalau Yb Waytha bersalah,
biarlah Tun mengambil tindakan yang
sewajar.

Unsur Tradisi Perlembagaan.
5 Perkara (unsur tradisi) yang telah terjamin
dalam Perlembagaan Malaysia termasuk
artikel 153. Tiada pihak yang boleh usik
atau ganggu gugat walaupun parlimen
dikuasai majoriti oleh pihak tertentu,
kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.
Tiada benda yang perlu dirisaukan pada
hakikatnya selagi perlembagaan dihormati.
Kerajaan Pakatan Harapan telah memberi
jaminan bahawa tidak akan mengusik
artikel 153.

Kesimpulan
‘ Hubungan etnik yang harmonis ialah
Kunci survival Malaysia’ iaitu Perpaduan
Rakyat ... Prof. Datuk Dr.  Shamsul Amri
Baharuddin ( Model Hubungan Etnik).
Generasi kini sedang menikmati hasil
usaha titik peluh orang tua kita yang
membentuk negara. Selagi aspirasi
Bapa-bapa pengasas Malaysia dan
Perlembagaan di hormati oleh semua
rakyat Malaysia,  selagi itu survival
Malaysia terjamin.

Jangan terpedaya sehingga dirosakkan
perpaduan rakyat hanya kerana permainan
sandiwara oleh segelintir yang ingin
meloloskan atau menyelamatkan diri
daripada proses undang-undang dengan
bertopeng Icerd dan sentimen kaum.

Sayangi Malaysiaku.

Om Namasivaya 
Sri Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation
Malaysia
21 November 2018

Rujukan.
1.Maza setuju Icerd Islamik

2. Bukti Umno mulakan Icerd

3. Waytha pertahan video tular

4. Malaysia sain 3. daripada 9

5. Turki terima Icerd  ( tidak sesuai dengan aspirasi Malaysia)

6. Laporan Tahunan Suhakam.

7. Laporan Tahunan 2015 JPNIN

8. Peranan Cybertrooper Umno

9. Zahid Hamidi  ...Amuk

10. P.Harapan Jamin artikel 153

11. Shamsul Amri Baharuddin,
Model Hubungan Etnik, Upena,
Shah Alam, 2008.

Comments

Popular posts from this blog

Ahmad Iqram, Anda Berdosa kerana Menghina Agama #1.3

Hak Penukaran Agama Minor dan Perlembagaan Persekutuan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mentakrifkan Keesaan Tuhan Sembahan Orang?