Gerakan Ideologi Ekstremis dari India?
Gerakan Ideologi Ekstremis dari India?
Mengapa 'kisah/sandiwara' ini hanya disebut-sebut oleh Firdaus Wong, Zamri Vinoth, Asri Maza dan Ahmad Iqram sahaja? Mengapa tidak disuarakan oleh Jakim, Majlis Agama, Menteri Agama atau badan-badan Islam negara yang lain?
Naratif Islam Terancam sedang dibina oleh mereka.
Kerajaan India di bawah PM Modi anti Islam, Ideologi Hindutva, RSS, VHP, BJP,... membunuh orang Islam.
Masyarakat minoriti Islam di India dilayan sangat buruk berbanding Masyarakat minoriti keturunan India di Malaysia.
Ideologi Pelampau Hindutva sudah sampai ke Malaysia, lebih bahaya daripada Zionis.
Agama Islam di Malaysia telah terancam kerana tindakan segelintir orang Hindu.
Minta orang Islam berwaspada atau berjaga-jaga akan tindakan ekstremis ini ada 'grand plan'.
Adakah naratif ini benar? Naratif ini TIDAK BENAR sama sekali. Akan dirungkaikan satu per satu dalam Artikel susulan nanti.
Pihak Berkuasa.
Tidak akan di Malaysia tiada pihak berkuasa atau pihak berkuasa tidak nampak kalau ada gerakan ekstremisme. Apakah mereka (matcai perisik Awong) ini mempunyai keupayaan perisikan yang lebih hebat
daripada pihak berkuasa?
Motif.
Apakah tujuan sebenar mereka ini? Adakah hanya hendak pertahankan akidah 3 anak kecil. Mengapa akidah majoriti yang bergelumang dalam rasuah, dadah, dll gejala yang berlawanan dengan akidah tidak diberi perhatian?
Apakah benar seperti kata mereka ini? Jika benar mengapa KDN tidak mengeluarkan kenyataan? Mengapa PDRM tidak mengeluarkan kenyataan? Kalau betul kata mereka (matcai perisik Awong) ini, mengapa kerajaan tidak memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan yang 'kejam' itu?
Kegusaran dan Keresahan.
Bukankah kenyataan mereka ini boleh menyebabkan kegusaran/kerisauan dikalangan rakyat?
Mengapakah mereka hendak mengingat orang Islam supaya berwaspada? Bukankah mereka sepatutnya melapor kepada pihak berkuasa kalau benar ada pergerakan Ekstremis? Apakah jenis tindakan oleh orang Islam yang diharapkan oleh mereka terhadap orang Hindu yang dimaksudkan mereka?
Gerakan Ekstremis?
Kalau dikira ekstremis, adakah ‘golongan yang dituduh/ di sebut-sebut’ itu telah/akan melakukan pengeboman, atau pembunuhan atau bertindak di luar undang-undang di Malaysia? Contoh seperti Isis di Syria sedikit masa dahulu.
Agama/ Orang Hindu TIDAK berdakwah atau menukar agama ataupun memurtadkan atau menghukum sesiapapun, malah mereka yang bertukar keluar daripada agama Hindu dibiarkan mengikut kehendak orang itu (pada hal bertukar agama kelahiran berdosa dan karma negatif ditanggung oleh orang itu).
Sekadar untuk renungan.
Sekadar untuk renungan/pemahaman
masyarakat majoriti Melayu yang
dihormati.
Di India golongan minoriti Islam
sejak zaman berzaman mempunyai
hak istimewa.
a. Orang Islam diberi bantuan
kewangan untuk mengerjakan Haji.
b. Orang Islam dibiayai belanja
masjid dan gaji kakitangannya.
c. Orang Islam dibenarkan
mengamalkan undang-undang
Syariah dalam hal mereka.
d. Orang Islam mendapat hak
dalam pendidikan, jawatan
kerajaan sama seperti semua
warganegara.
e. Orang Islam pernah diangkat
menjadi Presiden India (taraf Agong)
f. Banyak Kolej dan Universiti
Islam ditaja oleh kerajaan India .
g. Penduduk Islam bertambah
di India daripada 1947 - 2022.
Ada udang di sebalik batu?
Kalau benar kata mereka, pihak berkuasa sila bertindak segera.
Keselamatan dan keharmonian rakyat perlu diutamakan.
Om Mahakali Jayam.
Sivasiddhi.
21 Mac 2022
Boleh dihubungi, sivasiddhi1082@gmail.com atau 01123508108
Artikel itu perlu dibaca bersama 2 artikel ini, menjawap fitnah rasis oleh sesorang yang tidak dikenali sedikit masa dahulu..
Bahagian 1: (1-3)
http://cintaimalaysiaku.blogspot.com/2018/12/sudah-ada-peha-hendak-betis-juga-1.html
Bahagian 2: (4-7)
http://cintaimalaysiaku.blogspot.com/2018/12/sudah-ada-peha-hendak-betis-juga2.html
Gambar daripada Post FB Firdaus
Rujukan.
1.Artikel Klaim Firdaus diterbit.
2.Post Nages, Persoalan-persoalan
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4215739975195597&id=100002789076780
3.Post Firdaus Wong, mengingatkan umat Islam waspada
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=495469161986073&id=100045689798899
4. Video Maza
Dr MAZA Beri Amaran Kepada Ramasamy DAP | Dakwaan Penculikan 3 Kanak-Kanak Oleh Pihak Agama Perlis
Dr.Asri Maza. (Mufti Perlis)
Bercakap dalam sebuah video dalam menjawab isu anak-anak Puan Loh. Link video dalam rujukan. (Februari 2022)
Minit 2.30
Dunia ekstremisme, di India ekstremis paling teruk PM Modi, begitu anti Islam, 200 juta umat Islam ditindas, seruan terbuka untuk membunuh orang Islam, sesiapa kahwin dengan orang Islam di bunuh, beberapa kes antarabangsa, jumpa orang Islam kat tengah jalan di katuk/ pukul, bunuh, siksa, rogol, oleh pelampau. Bimbang pelampau ini akan sampai ke Malaysia.
PH memerintah kes LTTE, banyak repot, mereka gugur kes….(Persoalan, mengapa sekarang tak suruh ambil balik kes itu???)`
5. Zamri melalak dihadapan Mahkamah
https://www.youtube.com/watch?v=CWbnxdG38aIZamri Vinod (Pendakwah Bebas/ OCM Perlis)
Bercakap di hadapan mahkamah sejurus keputusan mengenai hak penjagaan anak-anak Puan Loh diumumkan. Februari 2022. Link video di bawah.
Minit 0.45
Mereka (3 orang …) menyemai Kebencian, menuduh orang Islam melakukan genosida terhadap orang bangsa India.
Di Malaysia, mereka/Islam melakukan genosida terhadap bangsa India? Statistik tunjuk ada 1.7 atau 1.8 juta orang India. Semua masih hidup…
Minit 2.00
“Apa yang mereka (orang India) dapat sini, hatta tak akan dapat di India.”
6.Tiktok Solidariti Ummah
Amaran Zamri kepada bukan Islam
https://www.facebook.com/arun.dorasamy.3/videos/4800656953314873
(tular dalam Fb dan Tiktok, Mac 2022)
Zamri memberi amaran kepada orang bukan Islam secara terbuka melalui video ini.
1) Pada saat ke 0:02 – orang-orang bukan Islam membenci kita.
2) Pada saat ke 0:18 – dia pijak di atas kepala kita, apa yang tidak diberi di negara ini
3) Pada saat ke 0:40 – apabila mereka menjadi pemimpin mereka menzahirkan kebencian mereka terhadap kita
4) Pada saat ke 0:45 – hari ini saya nak memberi amaran kepada orang-orang bukan Islam yang ada di Malaysia ini. Jika mahu kita hidup dengan aman dan damai, YOU WATCH OUT YOUR MOUTH.
5) Pada saat ke 0:58 – Jika mahu kita kekal aman di Malaysia – YOU PLEASE BEHAVE
6) Pada saat ke 2:01 – sampai bila kita nak diam? Di India mereka membedil orang Islam…
7) Pada saat ke 2:33 – mereka akan naik tanduk besok dan dia pun akan buat dekat kita di sini.
7.[WEBINAR UMMAH 1-2022] SOLIDARITI MUNAJAT UMMAH PERTAHAN AKIDAH
https://www.youtube.com/watch?v=_xScE-Aws3w ,
Firdaus Wong. (Pendakwah Bebas/ MRM)
Dalam webinar Ummah 1, Mac 2022
Minit 35.50
Isu India, Ghar Wapsi menukar kembali agama oleh Rss, BJP unit politik, Bajrang Dhal unit ketenteraan, VHP unit agama
Ada pemimpin mereka disini berkaitan langsung dengan VHP, ada NGO memberi bantuan guaman untuk murtad, ia bukan isu Loh SH saja, ia ada grand plan…. Kenapa isu ini mereka… saya ingin mengajak anda berfikir, bahawa ianya adalah beyond that, pasti, ya tuan-tuan dan puan-puan, get ready, wait??? for the impact…inshaallah ini bukan terakhir, kerana ada pergerakan sekarang yang dalam road tour untuk mencabar akta enakmen Islam yang membenarkan pengislaman seorang…
8.Ahmad Iqram
https://www.nhapublications.com/buku-kami
Ahmad Iqram. (Penulis MRM)
Dalam post mengenai bakal menerbit buku bertajuk “Ekstremisme Hindutva: Dari India ke Malaysia”, membayangkan pendokong keganasan untuk melawan Islam, sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai, dll. Hindutva yang dibayang sebagai anti Islam di India telah menular di Malaysia merujuk kepada ‘insiden-insiden besar’. Ia lebih bahaya daripada Zionis.
Comments
Post a Comment