Sudah Ada Peha Hendak Betis Juga.#2


Sudah Ada Peha Hendak Betis Juga. Ditujukan Kepada Penulis Rasis.

(Bahagian 2 drpd 2)


Namaskar, Salam Perpaduan.

Artikel ini ditujukan kepada penulis bodoh  rasis ,
Bagi menjawab fitnah yang dilemparkan ke atas masyarakat India di Malaysia melalui artikel / komen bertajuk ‘Bagi betis nak paha. Ditujukan kepada India rasis. Beza Malaysia dengan India' (Rujukan 1), sedang tular di media sosial.

Saya tidak pasti maksud tersirat peha dan betis yang dimaksudkan oleh penulis.
Walauapapun, artikel ini merupakan fitnah dan hasutan perasaan benci terhadap masyarakat India oleh kumpulan serpihan yang telah memakan dedak, yang kini takut akan dicekup oleh SPRM tidak lama nanti

Dijawab berdasarkan nombor dalam artikel. (4-7)

(Bersambung dari bahagian1:


4.Fitnah berunsur rasis.

[“Golongan minoriti Hindu sejak dulu lagi diberi muka oleh orang Melayu yang baik hati. Perangai mereka tetap sama. Sudah diberi betis hendakkan paha pula. Mereka menekankan kehendak mereka ke atas golongan majoriti seolah-olah negara ini adalah negara India. Bilangan kuil, termasuk kuil yang dibina ikut suka hati, tidak kira atas tanah siapa berjumlah 300,000 buah (untuk 7% penduduk) semuanya berbanding dengan jumlah masjid dan surau yang perlu dibina ikut peraturan berjumlah 30,000 buah (untuk 62% penduduk) sahaja sedangkan Islam adalah agama rasmi negara ini. Mereka sanggup berperang jika tuan tanah hendak mengambilnya semula.”]

Wahai penulis/pendedak dungu,
a.Rakyat Malaysia dalam keadaan harmoni dan hormat-menghormati
golongan majoriti Melayu sejak dulu lagi dihormati oleh orang bukan Melayu  kerana atas dasar cintakan negara dan semangat bertolak ansur yang disemai oleh Bapa-bapa Pengasas Negara sejak kemerdekaan. Golongan bumiputera dan majoriti Melayu yang terdiri daripada anak jati, anak dagang dan peranakan telah berada di Malaya sebelum 1957, mendokong aspirasi Malaysia. Hubungan akrab dikalangan masyarakat masih kekal. Tetapi  perangai segelintir Melayu kripto rasis yang sangat tamak tidak memahami aspirasi negara. Sudah dapat peha hendakkan betis juga. Mereka menekankan kehendak mereka ke atas semua golongan yang lain seolah-olah mereka sahaja warganegara di negara ini.

b. Bilangan kuil.
Entah bodoh mana yang membuat data mengenai bilangan kuil berjumlah 300,000 buah kesemuanya. Bolehkah anda beri senarai 300,000 buah kuil itu? Kalau orang bina kuil di atas tanah orang, pemilik akan duduk diamkah? Bodoh rasis yang anggarkan jumlah 300,000 buah kuil, itu mungkin  phobia terhadap kuil sehingga melihat pokok-pokok besar, semuanya nampak seperti kuil. Ataupun tidak dapat bezakan antara kuil dengan tokong Cina Datuk Kong. ( Sedikit masa dahulu Ridhuan Teh klaim ada 300,000 kuil, kemudian mengubah kepada 200,000 kuil)

Mengikut data yang diperolehi oleh pertubuhan Hindu, ada lebih kurang  2600 buah kuil (berdaftar dan tidak berdaftar) di seluruh Malaysia.
Kerajaan lama Umno BN gagal berlaku adil untuk menyediakan tapak yang sesuai untuk rumah ibadat selaras dengan Rukun Negara.
i.Ladang-ladang yang ditukar kepada perbandaran, telah kehilangan jumlah kuil yang banyak. Tetapi tiada tapak baru yang setimpal diberikan.
ii. Tapak yang disediakan pemaju tidak diluluskan atas pelbagai alasan.
iii. Ada sejumlah kecil tapak yang diberikan, tetapi ia ialah kawasan yang tidak sesuai seperti tempat kumbahan.
iv. Kuil -kuil yang dibina sejak zaman sebelum merdeka tidak digazetkan secara otomatik. Ia merupakan warisan sejarah negara.

Undang-undang Adat Hindu menegaskan supaya jangan tinggal di kawasan yang tiada kuil. Amalan ini dipegang oleh orang Hindu. Maka kuil sangat penting dalam kehidupan. Dalam masa 60 tahun, banyak kuil telah dimusnahkan atas pelbagai sebab. Adakah masyarakat India melancarkan rusuhan atau perang?

5. Hubungan masyarakat India dengan negara India.

[“Hubungan mereka dengan negara India dan suku sakat mereka di sana tetap erat dari dulu sampai sekarang. Hatta sami merekapun, yang dibawa masuk ke Parlimen tanpa mengikut protokol Mei lalu, adalah dari India juga. Orang-orang kaya seperti Ananda Krishnan, Samy Vellu dan lain-lain terus melabur di India tanpa sebarang sekatan dan ada yang menyokong perjuangan menekan orang Islam di sana.”]

India ialah antara negara asas ketamadunan manusia. Jadi, berbanggalah kerana masih ada hubungan erat. Nenek moyang kamupun mungkin ada darah daging dari India.
Cuma sedikit renungan sejarah, sebelum orang Melayu beralih kepada budaya Arab, nenek moyang orang Melayu  (termasuk penulis bodoh rasis) juga mempunyai hubungan erat dengan negara India sejak abad pertama (lebih 2000 tahun) dari segi bahasa, agama, budaya dll. Prof. Syamsul Amri pernah berkata jangan malu untuk mengaku pengaruh Hindu, ia ialah sebahagian daripada sejarah dan budaya orang Melayu. Sampai sekarang pun, pengaruh India tetap ada. Bahasa masih ada Sanskrit dan Tamil,  Makanan dikedai mamak, Zakir pendakwah dari India, filem hindi dari Bollywood, India dll. Hubungan Malaysia dengan negara India tetap erat dari dulu sampai sekarang. Bila Narendra Modi datang ke Malaysia, Tun turun jemput beliau.
Isu protokol Parlimen telah dibetulkan,  saudara tidak perlu risau.
India ialah rakan dagang Malaysia. Ananda Krishnan melabur di Malaysia, Bangunan Twin Towers Petronas, Astro , Maxis memberi peluang perkerjaan rakyat Malaysia, majoriti Melayu.
Penulis rasis ini menuduh Ananda Krishnan dll  menindas orang Islam di India. Saya harap penulis bodoh ini disaman.

6. Fanatik- Fanatik Hindu Sanggup Membunuh?

[“Di Malaysia juga fanatik-fanatik Hindu sanggup membunuh. Pembunuhan Muhammad Adib bin Mohd. Kassim, anggota Bomba,  di kuil Sri Mariamman, Seafield adalah kes yang terbaru. Masih ingatkah peristiwa seorang saudara baru bersama isteri dan anak kecilnya mati dibunuh oleh fanatik Hindu semata-mata kerana mereka memeluk Islam beberapa tahun lalu? Apa jadi kepada kes itu?”]

Tiada fanatik-fanatik Hindu di Malaysia. Tiada orang sanggup membunuh kecuali golongan gangster. Di Malaysia juga ada kumpulan gengster  kucing upahan bodoh yang sanggup menceroboh kuil dengan parang, besi, dll menyebabkan tiga orang awam cedera parah. Kematian Muhammad Adib bin Mohd. Kassim, anggota Bomba,  dalam insiden di luar kuil Sri Mariamman, Seafield adalah kes yang paling malang dan tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia sebelum ini. Kes masih dalam siasatan. Kini inkues mahkamah sedang dalam proses untuk mencari titik penyelesaian. Biar polis membuat kerja mereka. Saya harap pembunuh Allahyarham Adib di hukum dengan setimpal. Dikesali juga, orang awam (pemuda India) yang membantu Adib di bawa ke hospital  tidak dihargai. Masih ingat kata Tun, “Melayu mudah lupa.” Dalam kes ini sengaja dilupakankah? Ketua Polis Negara sendiri telah mengatakan setakat ini tiada apa-apa perkembangan dan kalau sesiapa ada bukti, sila lapurkan. Daripada buat fitnah dalam media, baik bawa bukti kamu.

Wahai penulis rasis,
a.Masih ingatkah peristiwa seorang  pegawai polis, Sahadevan dibunuh oleh pengganas al Maunah di Kg. Jenali? Apa sebab  kes itu berlaku? Mengapa pegawai itu menjadi sasaran?
b. Kematian Teo Beng Hock, pembunuhan Kevin Morais Pegawai Pendakwa Malaysia, Kehilangan Pastor… dll. Apa anda buat pada masa ini? Di manakah nilai integriti dan keadilan anda?
c. Apa jadi ke atas kes Puan Indira Gandhi,  anaknya dilarikan oleh suaminya, walaupun mahkamah putuskan sebaliknya? Dimanakah anda? Dimanakah sifat mukmin anda?
d.  Boleh anda berikan bukti, bilakah fanatik Hindu membunuh saudara baru… di negara kita seperti tuduhan anda itu?

7. Fitnah.

[“Hari ini kita melihat betapa kebalnya fanatik-fanatik Hindu di Malaysia. P. Ramasamy, Waytha Moorthy, V. Ganabatirau dan lain-lain yang masih tidak diambil tindakan oleh kerajaan walaupun kesalahan mereka terhadap negara terang dan nyata. Sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Dari sami manakah gerangan mereka mendapat bantuan?”]

Tiada orang yang kebal ikut perlembagaan Malaysia. Penulis rasis dungu ini membuat tuduhan liar terhadap pemimpin yang dipilih oleh rakyat, dilantik oleh PM dan diperkenan oleh DYMM YdP Agong bersama Majlis Raja-raja Melayu.  Tuduhan kebal undang-undang dan fanatik-fanatik Hindu terhadap Yb.Prof. P. Ramasamy, YB. Waytha Moorthy, YB. V. Ganabatirau dan lain-lain. Bukankah ini ialah penghinaan terhadap Agong sebagai Ketua Negara? Mengapakah penulis ini tidak bertindak ke atas pimpinan UmnoBn yang menjadi kleptokrasi antarabangsa? (Skandal 1MDB,  TH, Felda, Mara dll.) Bukankah ini jelas membuktikan niat jahat dan rasis penulis ini? Mengapakah tuduhan hanya dilemparkan kepada pemimpin masyarakat India sahaja?

Hari ini kita melihat betapa dungunya fanatik-fanatik rasis bodoh di Malaysia. Contohnya, Azwanddin, Jamal, Ibrahim, Papa Gomo dan lain-lain yang masih melakukan provokasi perlu diambil tindakan oleh kerajaan, ini kerana kesalahan mereka terhadap keamanan dan keselamatan negara. Sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Daripada dalang manakah gerangan rasis-rasis ini mendapat dedak dan bantuan? Kumpulan ini sudah pasti telah makan terlalu banyak dedak taburan, belum berak habis kesemuanya. (Kesemua mereka senyap setelah Kerajaan PH jatuh)

Kesimpulan
Niat jahat dan rasis penulis ini jelas terbukti. Artikel ini merupakan fitnah dan hasutan untuk menyemai perasaan benci dikalangan rakyat Malaysia dan khususnya terhadap masyarakat India oleh salah seorang daripada kumpulan serpihan yang telah memakan terlalu banyak dedak.
Golongan rasis ini jenis radikal, sanggup mengamuk dan berlaku kurang ajar seperti pengakuan Azwanddin untuk menyerang balai polis, kononnya hendak ‘menegakkan’ keadilan. Mereka ini ialah ancaman kepada perpaduan Malaysia. Pihak berkuasa perlu bertindak segera untuk menangkap kesemua yang memakan dedak dari atas hingga ke akar umbi demi keselamatan dan keharmonian negara tercinta.

Setiap rakyat Malaysia perlu beringat pesanan Prof. Shamsul Amri, "perpaduan adalah kunci survival kejayaan negara" . Marilah kita sama - sama mengekalkan perpaduan.

Wahai penulis rasis dan tali barutnya, (Juga kepada Rasis-rasis yang lain)
Bacalah kitab Bencana Lidah oleh Imam Al Ghazali. Taubatlah. Perbuatan fitnah dan sikap tamak akan memakan diri di akhirat nanti.
Om Namasivaya
Sivasiddhi
30 Disember 2018

Ps.  Penulis rasis itu tidak dapat dikesan. Gambar sekadar hiasan sahaja. Peminat puisi.

Rujukan
1.Bagi betis nak paha. Ditujukan kepada India rasis.  Salinan simpanan di ambil daripada komen Fb.
2.Komen Ali Ibrahim  dalam post Fb Firdaus Wong Wai Hung
3. Bencana Lidah
4.Prof. Datuk Dr.  Shamsul Amri Baharuddin, Model Hubungan Etnik, Upena, Shah Alam, 2008
5..Ismaweb
6. List of Hindu Temples in Malaysia
7. MyNadi database.


Comments

Popular posts from this blog

Ahmad Iqram, Anda Berdosa kerana Menghina Agama #1.3

Yahgappu Adaikkalam Insulting Hinduism: Case No.9 / 21 September 2020

Conversion and Disability of Our Highest Law ?