Budak Zaman Batu Berkempen Rupanya!
Wow, budak Zaman batu dah bersuara...dah mula Fitnah kempen politik 😂
Kalau nak berkempen, berkempenlah cara yang baik.
Tak payah Spin lagi macam dr. hari itu.
Keharmonian memang ada dikalangan rakyat tetapi jenis mulut tempoyak yang banyak jadi kacau daun. Kalau jenis kau tutup mulut aman damai negara ini, biar ikut lunas undang-undang.
Sedikit ulasan kepada Video mulut tempoyak hari ini,
1.Genocide? Dia fahamkah maksudnya???. Dia nak apa sebenarnya? Kat Malaysia mana ada? Jangan fitnah. Kalau ada atau ada orang kata begitu, pergi repot. senang cerita.
2.Masyarakat India dapat sini,...sana/India tak.?
Untuk penjelasan masyarakat majoriti Melayu yang dihormati.
a.Di India golongan minoriti Islam sejak zaman berzaman mempunyai hak istimewa.
i. Orang Islam diberi bantuan kewangan untuk mengerjakan Haji.
ii. Orang Islam dibiayai belanja masjid dan gaji kakitangannya.
iii. Orang Islam dibenarkan mengamalkan undang-undang Syariah dalam hal mereka.
iv. Orang Islam mendapat hak istimewa dalam pendidikan, jawatan kerajaan.
v. Orang Islam pernah diangkat menjadi Presiden India (taraf Agong) .
vi. Ada university dan kolej Islam dibiayai oleh kerajaan.
Wei budak zaman Batu....ada tahu tak perkara disenarai itu?...pi balik ke India kaji balik....mana satu ada kat sini 😂😅🙊🙉🙈😱🤫🥥
3. Kuil? dan Ic ? Dulu Ridhuan Teh klaim ada 300,000 buah kuil, bila ditanya senarai, tak jawab. Kemudian klaim 200,000 buah, tanya senaraikan tunjuk bukti, tak juga beri, kini kau... lol. Jangan fitnah ikut suka hati. Tiba-tiba pasal kuil pulak di sini!!!, apa pun, engkau apa susah, ini masalah orang Hindu. Untuk tujuan ibadah kegunaan bersama, bukan buka kedai bundle atau Tomyam untuk tujuan persendirian. lol. Ic memang masalah bagi mereka tak ikut lunas undang-undand, setujulah bahagian Ic itu.
4.Kerelaan sendiri masuk agama tak ada isu, kau pun rela sendirikan?, dah banyak masuk, siapa ada tanya? Ikut kitab Hindu, berdosa, namun itu karma sendiri tanggung. Tetapi ini kena ikut undang-undang, kalau kedua ibubapa setuju, siapa nak tanya? Kalau benar dapat arul/hidayah, pasti mereka akan ikut agama.... Lagipun, bila dah 18 tahun mereka boleh pilih.
5. Tak nak Aibkan wanita? wow?? Emak tak datang?
You ada bukti ke? Kalau ya pun itu hak peribadi dia. Pn.Loh/Emaknya dibelasah parah, ditukul, 27 jahitan dikepala/ patah kaki, recover lebih 6 bulan, hilang trauma ???, Report polis kan ada, rekod hospital kan ada, ..kesiksaan dialami engkau tak nampak. wow lagi nak aibkan???
Kalau ini berlaku pada darah daging sendiri, adakah soalan begini muncul?
Kan banyak news dah keluar, kes mahkamah, report polis dll boleh jawap pertanyaan bro.
2019. Dipukul parah dengan tukul 27 jahitan kepala, kaki dipatahkan, diangkut ke hospital dengan ambulance, recovery 6 bulan, nak lepas trauma???
2020 - cari kerja, upah lawyer, report cari anak, dapat cerai, ada jumpa anak kat hospital..
2021- report, cari anak, dapat hak penjagaan,
2022- dapat kesan drpd message, jumpa kat balai polis selepas gagal secara sendiri dan laporan...
Kisah ini hampir sama dengan Pn. Indira Gandhi .
Dua-dua lelaki itu seolah mencari jalan escapism....kerana mahkamah civil tak akan membantu mereka...
6. Kalau ada yang diugut, report saja, kan negara ada undang-undang. Puan Nazirah jaga anak-anak Puan Loh memang baik dan mulia, semua orang berterimakasih kepada dia, tetapi faktor penukaran agama membelakangkan perlembagaan dan ibu kandungan memang sukar diterima. Kalau anak sendiri tersangkut begini, adakah Pn Nazirah atau kau sanggup...?
Oh Rupa-rupanya kempen politik adoi...tapi klaim bukan kempen. Kalau betul nak kempen, kempenlah cara 'halal'
Om Namasivaya
Sivasiddhi
21 Februari 2022
Rujukan
Comments
Post a Comment