Posts

Showing posts from December, 2018

Sudah Ada Peha Hendak Betis Juga.#2

Image
Sudah Ada Peha Hendak Betis Juga. Ditujukan Kepada Penulis Rasis . (Bahagian 2 drpd 2) Namaskar, Salam Perpaduan. Artikel ini ditujukan kepada penulis bodoh  rasis , Bagi menjawab fitnah yang dilemparkan ke atas masyarakat India di Malaysia melalui artikel / komen bertajuk ‘ Bagi betis nak paha. Ditujukan kepada India rasis. Beza Malaysia dengan India' (Rujukan 1), sedang tular di media sosial. Saya tidak pasti maksud tersirat peha dan betis yang dimaksudkan oleh penulis. Walauapapun, artikel ini merupakan fitnah dan hasutan perasaan benci terhadap masyarakat India oleh kumpulan serpihan yang telah memakan dedak, yang kini takut akan dicekup oleh SPRM tidak lama nanti Dijawab berdasarkan nombor dalam artikel. (4-7) (Bersambung dari bahagian1: http://cintaimalaysiaku.blogspot.com/2018/12/sudah-ada-peha-hendak-betis-juga-1.html ) 4. Fitnah berunsur rasis. [“ Golongan minoriti Hindu sejak dulu lagi diberi muka oleh orang Melayu yang baik hati. Perangai

Sudah Ada Peha Hendak Betis Juga. #1

Image
Sudah Ada Peha Hendak Betis Juga . Ditujukan Kepada Penulis Rasis . Dituju kepada Penulis Bodoh Rasis. (Tak pasti nama sebenar) berk aitan Malaysia dengan India. (Bahagian 1 drpd 2) Namaskar, Salam Perpaduan. Artikel ini ditujukan khas kepada penulis dan penyokong-penyokong bodoh  rasis , Bagi menjawab fitnah yang dilemparkan ke atas masyarakat India di Malaysia melalui artikel / komen bertajuk ‘Bagi betis nak paha. Ditujukan kepada India rasis. Beza Malaysia dengan India' (Rujukan 1), sedang tular di media sosial. Saya tidak pasti maksud tersirat peha dan betis yang dimaksudkan oleh penulis. Walauapapun, artikel ini merupakan fitnah dan hasutan perasaan benci terhadap masyarakat India oleh kumpulan serpihan yang telah memakan dedak dari pihak tertentu. Dijawab berdasarkan nombor dalam artikel. (1-3) 1. Fakta . [“ Di Malaysia hanya 7% saja penduduknya beragama Hindu. Bukan ramai pun, tidak sampai dua juta. Sementara itu, 62% adalah orang Melayu, Cina dan India

YB Waythamurthy di Fitnah

YB Waythamurthy di Fitnah. Mengapa YB Waythamurthy menjadi sasaran kumpulan serpihan? Fitnah semata-mata. Percubaan mematikan karekter pemimpin berwibawa. Pendahuluan Waytha ialah aset utama Pakatan Harapan. Kalau Waytha tidak ada, PH tidak akan sampai ke Putrajaya. Waythamurthy aset besar PH tetapi cuba ditonjolkan sebagai liabiliti. Kalau Waytha dijatuhkan, PH akan tumbang. Oleh itu, YB Waytha disasarkan oleh pihak tertentu. Renungan Sejarah Semenjak merdeka, undi masyarakat India majoriti hanya untuk BN, MIC. Selepas Waytha memimpin Hindraf, undi masyarakat India beralih majoriti untuk pembangkang (PH) asalkan bukan BN. Masyarakat India mengundi tanpa mengira parti termasuk PAS (PRU 12 dan 13), asalkan bukan BN Hakikat Kedudukan Parti-parti sebelum Hindraf-Waytha ( 2008) a. Kedudukan PKR Sebelum 2008,hanya beberapa kerusi parlimen dimenangi, PKR hanya nyawa -nyawa ikan. Selepas Hindraf,  jumlah dimenangi PKR agak mendadak. Kini PRU 14, 40 buah kerusi. PKR be

SEMALAM IBUKU MENANGIS

Image
SEMALAM IBUKU MENANGIS (Menjawab Puisi Dr. Asri Maza) Semalam airmata ibuku menitis Bangsaku juga turut menangis Pada peristiwa yang trajis Pada darah mereka yang merenjis Orang-orang yang bangsat Yang menceroboh ke tempat ibadat Mencederakan insan-insan yang bersembahyang hajat Tanpa alasan melainkan jahat Sebalik mereka ada upah penghasut Api kemarahan disembur disebut Segala kebodohan disangkut dipaut Hakikatnya melayang nyawa tak patut Setelah menabur budi bakti Dapat ruang berkongsi bumi Ada pula yang lupa menghargai Bukankah ini dosa dan bukti Kami memang hidup damai dan aman Sama berkongsi anugerah Tuhan Kami ada adab ada sempadan Itulah kehendak sesama insan namun.. Jika dajal naik ke hati Hanya sengketa yang dicari Maka hilanglah adab harmoni Hanya bangkit kerana upah dua helai benar… Tiada maaf bagi penceroboh laknat Telanjangkanlah mereka di mata rakyat Perlembagaan negara mesti diangkat Ibu pertiwiku pasti harmoni selamat Pencerobohan kedamaian mesti ditamat SIV