Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mentakrifkan Keesaan Tuhan Sembahan Orang?
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mentakrifkan Keesaan Tuhan Sembahan Orang? Apakah hak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mentakrifkan keesaan Tuhan sembahan orang lain? Sejak bila DBP menjadi penentu agama bukan Islam? Agenda DBP? Polemik penggunaan perkataan Tuhan atau tuhan ini bukan ‘permainan’ baharu, semasa saya menjadi editor bahasa bagi sebuah syarikat penerbitan swasta pada 2017, perkara ini dikesan digunakan oleh segelintir guru/editor bahasa tetapi tidak diamalkan di dalam kurikulum sekolah sama ada dalam bahasa Malaysia ( Tuhan , tuhan ) atau bahasa Inggeris. (God, god) apabila merujuk sembahan orang. Ayat yang melibatkan nama Islam dan Tuhan ditulis sebagai huruf besar, manakala ayat yang melibatkan nama bukan Islam ditulis sebagai tuhan (T huruf kecil). Contohnya, ‘ Ali (Islam) menyembah Tuhan ’ manakala ‘ Ravi (Hindu) menyembah tuhan .’ Mempersoalkan Tindakan DBP. Apabila ada pihak bukan Islam (Uthaya Shankar SB (18 April 2021), terima kasih kerana membawa keluar isu in